Laman web rujukan kaki travel Malaysia

Laman web rujukan kaki travel Malaysia

Undi kami di MWA Awards untuk Public's Favorite Website. Klik sini!

Hidup ini suatu perjalanan. Jadikan ia yang terbaik.

Life is a journey. Make the best of it.

Penafian

Penafian

Polisi Penafian dan Kerahsiaan

Selamat melayari Travelholic.my dengan tenang dan lancar kerana laman web ini dibangunkan untuk membantu anda mencari maklumat percutian, kami berusaha dari semasa ke semasa untuk menambah kandungan. Laman web ini dimiliki dan diuruskan oleh Adi Studios, saudara Adi Azudin adalah peneraju utama dalam projek ini.

Kami berjanji menjaga kerahsiaan anda dengan tidak berkongsi maklumat peribadi kepada pihak ketiga. Segala maklumat yang terkumpul melalui lawatan anda hanya untuk rekod prestasi laman web sahaja manakala emel yang kami dapat menerusi borang pertanyaan tidak akan disalahgunakan untuk tujuan lain.

Polisi Penerbitan

  1. Setiap artikel di laman web ini memiliki penulis dan wajib memaparkan nama penulis berkenaan di bahagian meta selepas judul artikel, oleh itu pembaca dapat mengetahui siapakah penulis untuk setiap artikel. Kami melarang sama-sekali artikel yang memaparkan nama penulis secara sembunyi seperti admin, tim penerbitan atau seumpamanya yang tidak menyatakan secara spesifik.
  2. Setiap artikel yang diterbitkan juga adalah wajib lengkap dengan open graph, twitter card, seo dan imej rencana bagi tujuan perkongsian di media sosial.
  3. Imej yang digunakan di dalam artikel jika memiliki tera air Travelholic bermakna imej berkenaan dirakamkan oleh ahli kami sendiri. Sebaliknya untuk imej dari sumber lain kami nyatakan sumber atau nama jurufoto atau kedua-duanya.
  4. Setiap artikel yang diterbitkan menggunakan Bahasa Melayu dan kami juga benarkan penulis menghantar artikel dalam Bahasa Inggeris jika ada keperluan untuk berbuat demikian.
  5. Artikel yang ditulis oleh Adi Azudin adalah tidak dibenarkan sama-sekali untuk diulang terbit di mana-mana laman web atau blog lain manakala bagi penulis lain perlu minta kebenaran daripada penulis itu sendiri.

Polisi Komen

Pentadbir laman ini berhak membuat suntingan pada setiap komen yang dihantar. Berikut adalah perkara-perkara yang wajib anda faham sebelum menulis komen:

  1. Komen yang dianggap spam tidak diluluskan.
  2. Penggunaan bahasa hendaklah mudah difahami, kami menerima Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.
  3. Kami melarang anda daripada menggunakan singkatan perkataan, kami mahu semua perkataan dieja penuh bagi menjaga nilai bahasa.
  4. Penggunaan dwi-bahasa dalam ayat dibenarkan tetapi haruslah struktur bahasanya disusun dengan baik dan mudah difahami pembaca.
  5. Komen yang tiada kena mengena dengan artikel bagi kami tidak relevan dan akan dipadam. Pastikan anda baca dahulu kandungan artikel sebelum menulis sebarang komen.
  6. Komen dengan bahasa kesat, berbaur perkauman dan menyerang individu atau mana-mana organisasi tidak dibenarkan.

Polisi Menghantar Artikel

Laman ini menyediakan sistem menghantar artikel di bahagian Akaun Penulis. Sebelum seseorang penulis itu mendapat kelulusan kami untuk menerima ID pengguna di laman ini untuk tujuan akses masuk ke dalam sistem, hantar artikel pertama terlebih dahulu di emel editor@travelholic.my.

Adi Azudin

adiazudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Travelholic

Jiwa kembara mencari pengalaman

Galeri Instagram

Hubungi

Berikan kami tempoh 24 jam untuk membalas pertanyaan!

Sebarang pertanyaan berkaitan travel boleh hubungi kami pada bila-bila masa.

Ikuti Kami