Topik: Percutian

Catatan Perjalanan Akhir Tahun di Kunming

Kunming adalah bandar terbesar di dalam Wilayah Yunnan dan merupakan pusat pengangkutan, ekonomi, kebudayaan dan politik Yunnan. Altitud Kunming adalah 2,000 meter dari aras laut menjadikan suhu purata tahunan Kunming lebih kurang 16 darjah celcius. Cuaca di sini begitu sejuk dan nyaman dibandingkan dengan Kuala Lumpur, Malaysia.

Pengalaman Ringkas di Zanzibar

Zanzibar adalah kepulauan Tanzania di luar pantai Afrika Timur. Pulau utamanya Unguja yang dikenali sebagai Zanzibar adalah Bandar Batu – Stone Town – kerana terdapat banyak bangunan yang dibina menggunakan batu karang dan batu kapur.

Pengalaman 40 Tahun Mengembara Sejak Era 70-an

Mengembara di zaman dahulu jauh bezanya dengan anak muda yang mengembara pada zaman teknologi maklumat masa kini. Pada zaman dahulu untuk mengembara perlukan kecekalan diri yang tinggi, tanpa kecekalan diri adalah mustahil untuk mengembara jauh dari tanah air tercinta ini.

Trek Gunung Santubong

Gunung Santubong antara tarikan utama di Kuching dan kami berpeluang melakukan eksplorasi ke kawasan air terjun yang terdapat di kaki gunung tersebut.

Kunjungan Persaudaraan di Bumi Kenyalang

Kesempatan meluangkan masa bercuti bersama keluarga adalah antara kenangan terindah kerana bukan senang untuk berkumpul bersama pada satu-satu masa. Destinasi percutian ini kami memilih Kuching, Sarawak sambil mengunjungi saudara yang telah menetap di sana kerana berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Santubong.

Tempat Menarik di Poring

Poring Hot Spring dikendalikan di bawah Kinabalu Park dan selain mata air panas terdapat 5 lagi tempat menarik di kawasan ini. Jika anda ada peluang ke sini jangan lupa untuk pergi ke semua tempat-tempat yang disenaraikan.

Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah atau dikenali dengan jenama Sabah Tea terletak di Ranau iaitu 127km dari Kota Kinabalu, di sini juga disediakan restoran dan penginapan. Perjalanan hingga ke Ranau tidak lengkap sekiranya tidak mengunjungi satu-satunya ladang teh ini.