Trek Gunung Santubong
Gunung Santubong antara tarikan utama di Kuching dan kami berpeluang melakukan eksplorasi ke kawasan air terjun yang terdapat di kaki gunung tersebut.
12 Apr 2017
Gunung Santubong antara tarikan utama di Kuching dan kami berpeluang melakukan eksplorasi ke kawasan air terjun yang terdapat di kaki gunung tersebut.
Kesempatan meluangkan masa bercuti bersama keluarga adalah antara kenangan terindah kerana bukan senang untuk berkumpul bersama pada satu-satu masa. Destinasi percutian ini kami memilih Kuching, Sarawak sambil mengunjungi saudara yang telah menetap di sana kerana berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Santubong.