Selepas melihat status di Instagram tentang Cendol Durian terbaik di Seksyen 24 Shah Alam, kami terus terjah ke tempat yang dimaksudkan untuk merasai sendiri rasa cendol tersebut.
Cuba perhatikan pada isi duriannya, dalam mangkuk ini ada 3 ulas isi durian, dapat satu mangkuk seperti ini sudah cukup memberikan kepuasan
Kunjungi Medan Selera Delima, Seksyen 24, Shah Alam bagi menikmati Cendol Durian khusus buat penggemar durian, tetapi bagi yang tidak menggemari durian usah bimbang kerana Rojak dan Cendol Shah Alam turut menyediakan 100 jenis Cendol, pilih sahaja yang anda suka selain daripada durian.
Kami pesan 6 mangkuk Cendol Durian, 2 mangkuk yang ada piring di bawah ialah Udang Merah bersaiz besar dan lagi 4 mangkuk ialah Durian Tembaga juga bersaiz besarMedan Selera Delima, Seksyen 24, Shah Alam
Harga Cendol Durian
Harga bagi Cendol Durian di sini ialah untuk Udang Merah RM20 (Besar) dan RM17 (Kecil), manakala untuk Durian Tembaga pula RM16 (Besar) dan RM13 (Kecil).
Kami amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Sertai Berita Travel untuk capaian pantas di Telegram.
Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!