Polisi Rahsia

Polisi Rahsia

Selamat melayari Travelholic.my dengan tenang dan lancar kerana laman web ini dibangunkan untuk membantu anda mencari maklumat percutian, kami berusaha dari semasa ke semasa untuk menambah kandungan.

Kami berjanji menjaga rahsia anda dengan tidak berkongsi maklumat peribadi kepada pihak ketiga. Segala maklumat yang terkumpul melalui lawatan anda hanya untuk rekod prestasi laman web sahaja manakala e-mel yang kami dapat menerusi borang pertanyaan tidak akan disalahgunakan untuk tujuan lain.

Polisi Penerbitan

  1. Setiap artikel di laman web ini memiliki penulis dan wajib memaparkan nama penulis berkenaan di bahagian meta selepas judul artikel. Oleh itu, pembaca dapat mengetahui siapakah penulis untuk setiap artikel. Kami melarang sama-sekali artikel yang memaparkan nama penulis secara sembunyi seperti admin, tim penerbitan atau seumpamanya yang tidak menyatakan secara spesifik.
  2. Setiap artikel yang diterbitkan juga adalah wajib lengkap dengan SEO iaitu Open Graph, Twitter Card dan imej rencana bagi tujuan perkongsian di media sosial.
  3. Imej yang digunakan di dalam artikel jika memiliki tera air Travelholic bermakna imej berkenaan dirakamkan oleh ahli kami sendiri. Sebaliknya untuk imej dari sumber lain kami nyatakan sumber atau nama jurufoto atau kedua-duanya.
  4. Setiap artikel yang diterbitkan menggunakan Bahasa Melayu dan kami juga benarkan penulis menghantar artikel di dalam Bahasa Inggeris.
  5. Artikel yang ditulis oleh Adi Azudin adalah tidak dibenarkan sama-sekali untuk diulang terbit di mana-mana laman web atau blog lain manakala bagi penulis lain perlu minta kebenaran daripada penulis itu sendiri.

Polisi Komen

Pentadbir laman ini berhak membuat suntingan pada setiap komen yang dihantar. Berikut adalah perkara-perkara yang wajib anda faham sebelum menulis komen:

  1. Komen yang dianggap spam tidak diluluskan.
  2. Penggunaan bahasa hendaklah mudah difahami di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  3. Kami melarang anda daripada menggunakan singkatan perkataan, kami mahu semua perkataan dieja penuh bagi menjaga nilai bahasa.
  4. Penggunaan dwi-bahasa dalam ayat dibenarkan tetapi haruslah struktur bahasanya disusun dengan baik dan mudah difahami pembaca.
  5. Komen yang tiada kena mengena dengan artikel bagi kami tidak relevan dan akan dipadam. Pastikan anda baca dahulu kandungan artikel sebelum menulis sebarang komen.
  6. Komen dengan bahasa kesat, berbaur perkauman dan menyerang individu atau mana-mana organisasi tidak dibenarkan.