Perjalanan Darat ke Beijing dari Kuala Lumpur
China Kemboja Thailand Vietnam Pengetahuan

Perjalanan Darat ke Beijing dari Kuala Lumpur

Perjalanan darat lebih memberikan peluang dan juga ruang kepada anda untuk mengembara berbanding perjalanan udara kerana laluan darat perjalanannya adalah panjang sama ada menaiki tren, bas ataupun memandu kereta.

Laluan

Destinasi Laluan Kuala Lumpur ke Beijing

Destinasi yang perlu ditempuhi bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Beijing secara laluan darat dan akhir sekali kembali ke Kuala Lumpur dengan pesawat terus dari Beijing.

  1. KL Sentral ke Padang Besar — Menaiki KTM ETS Gold selama 5 jam 26 minit, trip 4 kali sehari dengan tambang RM76. Jadual tren terbaik untuk berlepas dari KL Sentral ialah pukul 9:39 pagi dan tiba di destinasi pada 3:05 petang, lihat jadual tren.
  2. Padang Besar ke Bangkok — Menaiki State Railway of Thailand selama 16 jam 50 minit, trip sekali sahaja sehari (RM140). Jadual tren ialah berlepas pukul 5 petang dan tiba di destinasi pada 10:10 pagi (2 jam transit di Padang Besar), lihat jadual tren.
  3. Bangkok ke Aranyaprathet — Menaiki State Railway of Thailand selama 5 jam 40 minit, trip 2 kali sehari (RM40). Jadual tren ialah berlepas pukul 1:05 tengahari dan tiba di destinasi pada 5:35 petang (3 jam transit di Bangkok) atau berlepas pukul 5:55 pagi dan tiba di destinasi pada 11:35 pagi (19 jam transit di Bangkok).
  4. Aranyaprathet ke Siem Reap — Menaiki bas The Transport Company selama 2 jam 56 minit, trip 2 kali sehari dengan tambang 300 bath (RM38). Jadual bas berlepas setiap 8 pagi dan tiba di destinasi pada 11 pagi (15 jam transit di Aranyaprathet) atau 9 pagi dan tiba di destinasi pada 12 tengahari (16 jam transit di Aranyaprathet), lihat jadual bas.
  5. Siem Reap ke Ho Chi Minh — Menaiki bas Virak Buntham Express selama 17 jam, trip 4 kali sehari dengan tambang USD20 (RM82). Jadual bas terbaik untuk berlepas dari Siem Reap ialah pukul 7 malam menaiki bas jenis Sleeper Bus dan tiba di destinasi pada 12 tengahari (8 jam transit di Siem Reap), lihat jadual bas.
  6. Ho Chi Minh ke Hanoi — Menaiki Reunification Express Train selama 31 jam 30 minit (1,726km) dengan tambang USD90 (RM367) untuk soft berth. Jadual tren ialah berlepas pukul 7:30 malam dan tiba hampir 2 hari kemudian di destinasi pada 4:50 pagi (7 jam 30 minit transit di Ho Chi Minh), lihat jadual tren.
  7. Hanoi ke Sapa, Lao Cai — Menaiki Sapaly Express Train selama 8 jam 10 minit dengan tambang USD42 (RM172) untuk soft berth. Jadual tren ialah berlepas pukul 10 malam dan tiba di destinasi pada 6:10 pagi (17 jam transit di Hanoi), lihat jadual tren.
  8. Sapa, Lao Cai ke Hekou Bei — Menaiki teksi selama 8 minit (8.4km) untuk ke stesen keretapi (RM4).
  9. Hekou Bei ke Kunming South — Menaiki China Railways selama 5 jam 22 minit (364.9km), trip setiap 4 jam dan perjalanan pada pkul 9 pagi dengan tambang USD9 (RM37) bagi kerusi jenis hard seat, lihat jadual tren.
  10. Kunming Nan (South) ke Stesen Keretapi Kunming — Menaiki Metro selama 22 minit (12.5km), kekerapan Metro setiap 10 minit.
  11. Kunming ke Beijing Xi (West) — Menaiki China Railways Z-Class selama 33 jam 47 minit (2881.4km), perjalanan pada pukul 9:05 malam dengan tambang USD142 (RM580) untuk soft sleeper dan tiba hampir 2 hari kemudian di destinasi pada 6:52 pagi.
  12. Beijing ke Kuala Lumpur — Menaiki pesawat AirAsia selama 6 jam 25 minit, anggaran harga tiket penerbangan ialah RM1,030 (Premium Flatbed), RM640 (Low Fare) dan RM382 (Promo). Tempahan tiket secara online di laman web AirAsia.
Laluan Jenis Berlepas Ketibaan Transit
1. KL Sentral – Padang Besar Tren 09:39 15:05 2 jam
2. Padang Besar – Bangkok Tren 17:00 10:10 3 jam
3. Bangkok – Aranyaprathet Tren 13:05 17:35 15 jam
4. Aranyaprathet – Siem Reap Bas 08:00 11:00 8 jam
5. Siem Reap – Ho Chi Minh Bas 19:00 12:00 7 jam
6. Ho Chi Minh – Hanoi Tren 19:30 04:50 17 jam
7. Hanoi – Sapa, Lao Cai Tren 22:00 06:10 1 hari
8. Sapa, Lao Cai – Hekou Bei Teksi
9. Hekou Bei – Kunming South Tren 09:40 15:34 5 jam
10. Kunming South – Kunming Metro
11. Kunming – Beijing West Tren 21:05 06:52 2 hari
12. Beijing – Kuala Lumpur Flight 02:30 08:55
Jadual 1: Waktu perjalanan dan transit

Berdasarkan jadual berlepas dan ketibaan di atas, jika perjalanan dilakukan secara berterusan mengikut tempoh transit maka kami akan jejakkan kaki di Beijing pada hari ke-10.

Sponsored

Sponsored

Laluan Penyedia Tambang
1. KL Sentral – Padang Besar Keretapi Tanah Melayu RM76
2. Padang Besar – Bangkok State Railway of Thailand RM140
3. Bangkok – Aranyaprathet State Railway of Thailand RM40
4. Aranyaprathet – Siem Reap The Transport Company RM38
5. Siem Reap – Ho Chi Minh Virak Buntham Express RM82
6. Ho Chi Minh – Hanoi Reunification Express Train RM367
7. Hanoi – Sapa, Lao Cai Sapaly Express Train RM172
8. Sapa, Lao Cai – Hekou Bei Teksi RM4
9. Hekou Bei – Kunming South China Railways RM37
10. Kunming South – Kunming Metro RM15
11. Kunming – Beijing West China Railways RM580
12. Beijing – Kuala Lumpur AirAsia RM640
Jumlah Tambang RM2,191
Jadual 2: Tambang pengangkutan awam

Transit

Tempat-tempat Menarik

1. Bangkok

Tempat-tempat untuk dilawati di Bangkok antaranya:

  • Bangkok National Museum — Tiket RM38 dan tambang bas RM6 dari Stesen Keretapi Bangkok.
  • The Grand Palace — Tiket RM77 dan lokasinya hanya berjalan kaki dari Bangkok National Museum.
  • National Museum of Royal Barges — Tiket RM27 dan perlu menaiki feri dari The Grand Palace berharga RM7.
Hua Lamphong
Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok
Foto oleh Pariwat Srisuwan di Unsplash
Bangkok
Bangkok, Thailand
Bangkok National Museum
Bangkok National Museum
The Grand Palace
The Grand Palace, Bangkok
Khaosan Road
Khaosan Road, Bangkok
National Museum of Royal Barges
National Museum of Royal Barges
Wat Arun Temple
Wat Arun Temple di pinggir Sungai Chao Phraya
Wat Arun Temple

Jika tempoh transit kami lama yang menyebabkan jadual tren lewat malam, boleh kunjungi Asiatique Riverfront.

Asiatique Riverfront
Asiatique Riverfront

Makanan Halal di Bangkok

Beberapa restoran makanan halal disenaraikan di bawah dan nampaknya tidak sukar untuk mencari makanan halal apabila kami tiba di Bangkok akan datang.

Sponsored

Sponsored

  1. Yana Restaurant — Terletak di Tingkat 5, MBK Center dan mendapat review yang baik daripada pelanggan. Ia tidak jauh dengan stesen keretapi dan boleh berjalan kaki.
  2. Usman Muslim Restaurant — Terletak di Sukhumvit Road yang beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam.
  3. Home Cuisine Islamic Restaurant — Terletak di Charoen Krung Road, juga terdapat beberapa restoran Muslim berhampiran dan boleh berjalan kaki dari stesen keretapi.
  4. Restoran Ibu Silom — Restoran halal makanan Malaysia di Silom Road.
  5. Shoshana Restaurant — Restoran makanan Arab berhampiran Bangkok National Museum.

Pengangkutan Awam di Bangkok

  1. Skytrain — Bangkok Transit System atau dikenali sebagai Skytrain menyediakan kemudahan perhubungan ke kawasan komersial sekitar Bangkok melalui 2 laluan utama. Silom Line melalui Bang Wa di Thonburi ke National Stadium berhampiran Siam Square. Manakala, Sukhumvit Line menghala ke arah utara ke Pasar Minggu Chatuchak (Stesen Mo Chit) dan juga ke timur sepanjang Sukhumvit Road.
  2. Skytrain

  3. MRT — Perkhidmatan Mass Rapit Transit laluan bawah tanah yang merangkumi 18 perhentian. Ia bermula di stesen Hua Lamphong dan menghala ke arah tenggara melepasi Lumphini Park sebelum menuju ke utara. Terdapat 2 pertukaran yang menghubungkan Skytrain iaitu di Stesen Sala Daeng dan Stesen Asok sebelum berakhir di Bangkok Bus Terminal. Tren bermula dari 5 pagi sehingga tengah malam.
  4. Bas — Menaiki bas adalah cara paling ekonomi tetapi masalah yang paling mencabar ialah jika anda tidak faham papan tanda dalam Bahasa Thai maka sukar anda tentukan destinasi untuk turun. Tambang bas berhawa dingin bermula dari 11 bath (RM1.40) dan bergantung kepada jarak destinasi yang dituju. Manakala, bagi bas yang tidak berhawa dingin tambangnya dalam lingkungan 8 bath (RM1) dan tambang dipungut di dalam bas secara tunai. Bas beroperasi dari jam 5 pagi hingga 11 malam dan ada sesetengah yang beroperasi malam dari 11 malam hingga 5 pagi, maknanya bas di Bangkok boleh didapati 24 jam.
  5. Bas

  6. Bot — Bot awam yang dikendalikan di Sungai Chao Phraya tidak berapa selesa sebenarnya dengan kerusi kayu yang keras dan selalu sesak dengan penumpang. Tetapi ianya berkesan dan mudah untuk anda mencuba kehidupan rakyat tempatan di sini. Jika mahu bot yang selesa terdapat jenis bot yang lebih besar dikendalikan oleh Chao Phraya Express Boat, ia lebih luas dan santai untuk melihat Sungai Chao Phraya. Bot beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 7:30 malam dengan perjalanan pendek pada kadar bermula pada harga 16 bath (RM2). Juga boleh dapatkan pas harian (jika transit lama di Bangkok dan mahu melihat keseluruhan) pada harga 150 bath (RM19), bayaran tunai sahaja.
  7. Bot

  8. Uber & Grab — Perkhidmatan Uber & Grab menggunakan app dan kaedah yang sama seperti di Malaysia.
  9. Tuk Tuk — Pengangkutan awam paling ikonik di sini iaitu kenderaan kecil 3 roda yang menggunakan enjin motosikal membawa 2 orang penumpang di belakang. Tambang tuk tuk biasanya boleh tawar-menawar, kebiasaannya 50 bath (RM6.25) untuk jarak dekat. Adalah sesuatu yang normal dimana penumpang perlu runding harga dengan pemandu sebelum menaiki tuk tuk, bayaran tunai sahaja.
  10. Tuk Tuk

  11. Teksi Motosikal — Apabila anda jalan-jalan di Bangkok pasti akan melihat situasi ini, pemandu motosikal yang memakai vest pelbagai warna berlegar membawa penumpang di sekitar Bangkok. Kebiasaannya caj yang dikenakan antara 20 hingga 60 bath (RM2.50 hingga RM7.50), bayaran tunai sahaja.
  12. Teksi Motosikal


2. Aranyaprathet

Penginapan satu malam kerana transit 15 jam.

Rujuk: Street View

3. Siem Reap

4. Ho Chi Minh

5. Hanoi

Penginapan satu malam.

6. Sapa

Masukkan Gunung Fansipan dan juga penginapan satu malam.

7. Kunming

8. Beijing

Penginapan 2 malam sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Sponsored

Sponsored

Servis

Tuk Tuk di Siem Reap

Hubungi Safy Angkor Wat, nombor telefon +855-81918918 untuk perkhidmatan Tuk Tuk di Siem Reap. Harga yang ditawarkan cuma USD15 sehari dengan bekalan air mineral tanpa had. Paling penting sekali pemandu adalah Muslim dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

Tempahan

1. Penginapan

Akan ditentukan kemudian sama ada tempahan melalui Booking.com atau lain-lain.

2. Tiket Penerbangan Pulang

Tiket penerbangan pulang dari Bejing ke Kuala Lumpur akan ditempah selewat-lewatnya bulan Mac 2018.

Tarikh

Tarikh perjalanan belum diputuskan tetapi dijangka September atau Oktober 2018 selama lebih kurang 14 hari.

Carta Penilaian

4 mata berdasarkan 1 nilai

  • Sangat Baik
    0
  • Baik
    1
  • Sederhana
    0
  • Bosan
    0
  • Teruk
    0
Adi Azudin

adiazudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Anda Telah Melihat

Promosi Hotel

Booking.com

Tambah Komen

TINGGALKAN KOMEN

Penafian: Terdapat beberapa pautan pada halaman ini adalah pautan affiliate. Ianya tanpa sebarang kos tambahan kepada anda, kami akan mendapat peratusan kecil jika anda membuat pembelian dan kami hanya mengesyorkan produk yang kami pilih!

Travelholic

Jiwa kembara mencari pengalaman

Galeri Instagram

Hubungi

Berikan kami tempoh 24 jam untuk membalas pertanyaan!

Sebarang pertanyaan berkaitan travel boleh hubungi kami pada bila-bila masa.

Ikuti Kami