Laman web rujukan kaki travel Malaysia

Laman web rujukan kaki travel Malaysia

Undi kami di MWA Awards untuk Public's Favorite Website. Klik sini!

Hidup ini suatu perjalanan. Jadikan ia yang terbaik.

Life is a journey. Make the best of it.

Pengangkutan Awam di Bangkok
Thailand Panduan

Pengangkutan Awam di Bangkok

Memahami sistem pengangkutan awam sesuatu tempat boleh memberikan gambaran dan serba sedikit panduan terutama sekali bagi pengembara yang baru pertama kali ke lokasi tersebut.

Bagaimanakah untuk berjalan-jalan di Bangkok? Adakah sistem pengangkutan awam yang terdapat di kota ini sistematik dan mudah bagi pelancong terutama sekali mereka yang pertama kali tiba.

Jenis Pengangkutan

1. Skytrain

Bangkok Transit System (BTS) atau dikenali sebagai Skytrain menyediakan kemudahan perhubungan ke kawasan komersial sekitar Bangkok melalui 2 laluan utama. Silom Line melalui Bang Wa di Thonburi ke National Stadium berhampiran Siam Square. Manakala, Sukhumvit Line menghala ke arah utara ke Pasar Minggu Chatuchak (Stesen Mo Chit) dan juga ke timur sepanjang Sukhumvit Road.

Sponsored

Sponsored

BTS Skytrain
Bangkok, Thailand

2. MRT

Perkhidmatan Mass Rapit Transit laluan bawah tanah yang merangkumi 18 perhentian. Ia bermula di stesen Hua Lamphong dan menghala ke arah tenggara melepasi Lumphini Park sebelum menuju ke utara. Terdapat 2 pertukaran yang menghubungkan Skytrain iaitu di Stesen Sala Daeng dan Stesen Asok sebelum berakhir di Bangkok Bus Terminal. Tren bermula dari 5 pagi sehingga tengah malam.

Bangkok MRT
Bangkok, Thailand

3. Bas

Menaiki bas adalah cara paling ekonomi tetapi masalah yang paling mencabar ialah jika anda tidak faham papan tanda dalam Bahasa Thai maka sukar anda tentukan destinasi untuk turun. Tambang bas berhawa dingin bermula dari 11 bath (RM1.40) dan bergantung kepada jarak destinasi yang dituju. Manakala, bagi bas yang tidak berhawa dingin tambangnya dalam lingkungan 8 bath (RM1) dan tambang dipungut di dalam bas secara tunai. Bas beroperasi dari jam 5 pagi hingga 11 malam dan ada sesetengah yang beroperasi malam dari 11 malam hingga 5 pagi, maknanya bas di Bangkok boleh didapati 24 jam.

Bas
Bangkok, Thailand

4. Bot

Bot awam yang dikendalikan di Sungai Chao Phraya tidak berapa selesa sebenarnya dengan kerusi kayu yang keras dan selalu sesak dengan penumpang. Tetapi ianya berkesan dan mudah untuk anda mencuba kehidupan rakyat tempatan di sini. Jika mahu bot yang selesa terdapat jenis bot yang lebih besar dikendalikan oleh Chao Phraya Express Boat, ia lebih luas dan santai untuk melihat Sungai Chao Phraya. Bot beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 7:30 malam dengan perjalanan pendek pada kadar bermula pada harga 16 bath (RM2). Juga boleh dapatkan pas harian (jika transit lama di Bangkok dan mahu melihat keseluruhan) pada harga 150 bath (RM19), bayaran tunai sahaja.

Sponsored

Sponsored

Bot
Bangkok, Thailand

5. Uber & Grab

Perkhidmatan Uber & Grab menggunakan app dan kaedah yang sama seperti di Malaysia.

6. Tuk Tuk

Pengangkutan awam paling ikonik di sini iaitu kenderaan kecil 3 roda yang menggunakan enjin motosikal membawa 2 orang penumpang di belakang. Tambang tuk tuk biasanya boleh tawar-menawar, kebiasaannya 50 bath (RM6.25) untuk jarak dekat. Adalah sesuatu yang normal dimana penumpang perlu runding harga dengan pemandu sebelum menaiki tuk tuk, bayaran tunai sahaja.

Tuk Tuk
Bangkok, Thailand

7. Teksi Motosikal

Apabila anda jalan-jalan di Bangkok pasti akan melihat situasi ini, pemandu motosikal yang memakai vest pelbagai warna berlegar membawa penumpang di sekitar Bangkok. Kebiasaannya caj yang dikenakan antara 20 hingga 60 bath (RM2.50 hingga RM7.50), bayaran tunai sahaja.

Teksi Motosikal
Bangkok, Thailand

Terminal

1. Stesen Keretapi Hua Lamphong

Hua Lamphong atau Stesen Keretapi Bangkok adalah terminal utama untuk ke utara, timur, timur laut dan selatan Thailand. Ia menghubungkan juga MRT bawah tanah bagi memudahkan orang ramai bergerak di dalam bandar.

Stesen Keretapi Hua Lamphong
Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok
Foto oleh Pariwat Srisuwan di Unsplash
Stesen Keretapi Hua Lamphong
Foto oleh Ryan Tang di Unsplash

Stesen ini direka oleh arkitek Itali, Mario Tamagno dalam gaya neo-renaissance Itali. Ia mula beroperasi pada tahun 1916, reka bentuk stesen ini seperti beberapa bangunan kerajaan dan monumen awam yang terdapat di Bangkok antaranya Dewan Ananta Samakhom Throne, Muzium Bank of Thailand dan bangunan Parlimen – semuanya direka oleh arkitek yang sama.

2. Terminal Bas Mo Chit

Terminal Bas Mo Chit adalah stesen bas terbesar yang menyambungkan wilayah Utara, Tengah, Timur dan Utara-Timur dengan bandar Bangkok serta menghubungkan bandar Bangkok ke negara-negara jiran. Ia juga dikenali sebagai Terminal Bas Utara atau Chatuchak.

Terminal bas ini dikendalikan oleh syarikat pengangkutan kerajaan bersama syarikat bas swasta. Anda tidak boleh mengambil bas ke wilayah Thailand lain seperti Phitsanulok, Sukhothai, Uttaradit, Lampang, Chiang Mai dan Chiang Rai serta banyak lagi dari sini, tetapi anda boleh melakukan perjalanan ke Kemboja dan Laos dari stesen ini.

Sponsored

Sponsored

Carta Penilaian

2 mata berdasarkan 1 nilai

  • Sangat Baik
    0
  • Baik
    0
  • Sederhana
    0
  • Bosan
    1
  • Teruk
    0
Adi Azudin

adiazudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Anda Telah Melihat

Promosi Hotel

Booking.com

Tambah Komen

Perbincangan yang berkaitan dengan artikel.

TINGGALKAN KOMEN

Hidup ini suatu perjalanan. Jadikan ia yang terbaik.

Tambah Komen

Perbincangan yang berkaitan dengan artikel.

TINGGALKAN KOMEN

Hidup ini suatu perjalanan. Jadikan ia yang terbaik.

Kandungan Berkaitan

Penafian: Terdapat beberapa pautan pada halaman ini adalah pautan affiliate. Ianya tanpa sebarang kos tambahan kepada anda, kami akan mendapat peratusan kecil jika anda membuat pembelian dan kami hanya mengesyorkan produk yang kami pilih!

Travelholic

Jiwa kembara mencari pengalaman

Galeri Instagram

Hubungi

Berikan kami tempoh 24 jam untuk membalas pertanyaan!

Sebarang pertanyaan berkaitan travel boleh hubungi kami pada bila-bila masa.

Ikuti Kami