Pengalaman kami menginap di Lato Lato Resort pada percutian baru-baru ini sangat berbaloi. Bayangkan anda berada di atas laut sepanjang tempoh penginapan, yang mana anda boleh menyaksikan keindahan laut sepanjang masa. Bukan itu sahaja, anda bebas untuk terjun ke laut pada bila-bila masa sahaja yang anda rasa sesuai.

Lato Lato Resort, Semporna
9 Mei 2017, 5:49 AM

Lato Lato Resort, Semporna
10 Mei 2017, 8:56 AM

10 Mei 2017, 8:57 AM
Kemudahan Penginapan
- Sarapan percuma, makan tengahari dan makan malam
- Percuma peralatan snorkeling
- Kayak dan Banana Boat
- Pakej ke Bohey Dulang dan lain-lain
- Resort ini sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak

9 Mei 2017, 5:00 PM

9 Mei 2017, 5:01 PM

Lato Lato Resort, Semporna
9 Mei 2017, 5:00 PM
Harga Bilik
Harga asas untuk penginapan sahaja di sini bagi individu untuk satu malam ialah RM150 tidak termasuk pakej lain.


Pada percutian yang lepas kumpulan kami menginap di sini dengan pakej lengkap termasuk island hopping selama 4 hari 3 malam serta pihak resort ambil dan hantar kami ke Lapangan Terbang Tawau dan caj keseluruhan ialah RM850 sahaja untuk seorang. Saya rasa pilihan ini sangat berbaloi dan tidak terlalu mahal, ditambah pula pemandangan di sekitar resort sangat menarik dan sesuai untuk snorkeling. Jika tidak pergi ke mana-mana pulau, bersantai di resort sahaja pun sudah memberikan kepuasan.
Kini Lato Lato Resort juga sudah sedia ditempah melalui Agoda.com, anda boleh semak tawaran mereka di sana.

Lato Lato Resort, Semporna
9 Mei 2017, 5:20 AM
Lain-lain Perkara
Resort ini tiada akses wifi, oleh itu anda perlu sediakan pelan data internet mencukupi sebelum tiba di sini. Bekalan elektrik pula hanya ada dari pukul 6 malam sehingga 6 pagi sahaja. Oleh itu, sentiasa pastikan anda membawa power bank dan caj penuh setiap peranti pada waktu malam untuk kegunaan di siang hari, jika memiliki bateri tambahan adalah lebih baik sebagai persediaan.
Talian komunikasi pula Tune Talk dan Maxis agak lancar, saya dapat melakukan kemaskini di media sosial ketika di sana. Manakala talian U Mobile amat perlahan kerana salah seorang daripada ahli kami menggunakan U Mobile dan tidak berjaya untuk memuat naik foto ke album Google Photos tempat kami collaborate foto percutian.

Kami telah melalui pengalaman 3 malam dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pengurusan resort memberikan layanan yang amat baik.
Untuk maklumat lanjut layari laman web Lato Lato Resort dan ikuti Facebook.