Perkhidmatan perkongsian kereta yang ditawarkan oleh Socar Mobility Malaysia Sdn. Bhd. mula beroperasi awal Januari 2018. Kini selama 6 bulan perkhidmatan telah memiliki lebih 400 kereta di 200 zon sekitar Lembah Klang, akan terus berkembang dan memasuki kawasan luar Lembah Klang tidak lama lagi.
Pengalaman memandu Socar buat pertama kali ialah ketika pulang menyambut Aidilfitri yang lepas dan saya berpuas hati dengan perkhidmatan ini.
Kelebihan Socar
Pengalaman saya sendiri menggunakan perkhidmatan ini sangat memuaskan hati, antara sebabnya ialah:
- Pilihan zon yang ditawarkan sangat banyak. Paling saya suka, di tempat saya tinggal sudah terdapat 12 zon berhampiran, pilih sahaja di mana zon dan kereta yang mahu dipandu.
- Petrol telah ditampung apabila menyewa Socar, 1 jam penggunaan diberi 30km. Jika sehari diberi 360km, ia bersamaan dengan 12 jam. Setiap kereta Socar telah disediakan kad petrol, anda boleh gunakan bila-bila sahaja hendak mengisi petrol sama ada di Shell atau Petronas. Lebihan penggunaan kilometer atau mileage akan dikira RM0.25 setiap km, sebagai contoh jika terlebih 20km bersamaan RM5.
- Untuk lebih penjimatan dan nilai wang anda, kini Socar menawarkan Student Zone. Lokasi ini nilai sewanya lebih murah, bayangkan sehari menyewa Volkswagen Polo adalah RM80 bersamaan harga sehari Perodua Axia di zon biasa. Sangatlah murah bukan? Jika begini boleh menyewa selalu. Maklumat lanjut tentang Student Pass boleh rujuk Special Rate for Student Pass.

Stesen LRT Pandan Jaya
Setiap minggu buat masa ini saya pasti mengambil Socar untuk menguruskan rutin mingguan seperti menghantar pakaian ke dobi, membeli barangan dapur dan meluangkan sedikit masa untuk eksplorasi mencari tempat makan menarik dan sebagainya sekitar ibukota.

Stesen LRT Ampang
Penggunaan Socar secara efisien adalah penting, pastikan waktu yang betul-betul anda mahu gunakan sepenuhnya supaya dapat elak pembaziran masa dan wang. Apabila mahu melakukan perjalanan jarak jauh seperti ke Ipoh, Johor Bahru atau lain-lain barulah berbaloi untuk sewa 3 hari ke atas berdasarkan perancangan anda ke tempat-tempat berkenaan sama ada untuk bercuti atau lawatan kerja. Jika hanya memandu sekitar Kuala Lumpur cukuplah sewa untuk memenuhi keperluan, itulah penggunaan efisien yang saya maksudkan.

Taman Dagang, Ampang
Lagi satu pengalaman menarik menempah Socar ialah secara tidak langsung boleh mencuba berlainan jenis kereta mengikut kehendak sendiri, tidaklah bosan memandu kereta yang sama sepanjang masa.

Taman Cempaka, Ampang

Aplikasi Socar
Melalui aplikasi Socar segala proses dilakukan daripada mencari zon, memilih masa, melakukan tempahan serta bayaran dan juga kunci pintar – smart key – untuk akses kereta berkenaan. Semua menggunakan aplikasi tanpa perlu menunggu serahan kunci, ia menjadi mudah dan praktikal.

Jenis Kereta
Antara kereta yang ditawarkan setakat ini ialah BMW330, Mini Cooper 3 pintu, Toyota Corolla Altis, Vios, Honda HR-V, City, Volkswagen Polo, Perodua Alza, Myvi dan Axia.
Pilihan kereta sentiasa bertambah, untuk mengetahui kesemua pilihan yang ada lihat pada aplikasi Socar.
Harga Sewaan
Harga sewaan terbahagi kepada dua kadar – hari biasa dan hari minggu. Pada hari minggu kadar sewaan dinaikkan sedikit. Oleh itu, adalah lebih berbaloi jika menyewa pada hari biasa kecuali anda memang terpaksa menggunakan hari minggu.
Rujuk Socar’s Pricing.
Lain-lain
Beberapa perkara yang perlu diketahui:
- Hanya pemegang lesen kompeten diterima sebagai ahli Socar.
- Untuk sewaan beberapa jam anda boleh menetapkan pemandu ke-2 yang juga ahli Socar. Pemandu ke-2 hanya boleh ditetapkan melalui app sebelum tempoh driving.
- Jika anda kekurangan masa untuk menghantar kereta, bertindak segera menambah masa penghantaran – Extend Return time – supaya dapat mengelakkan daripada didenda akibat lewat. Penalti RM30 bagi lewat hantar ditambah dengan kadar sewaan sejam ganda dua, ia lebih mahal daripada kos menambah masa.
- Apabila anda ke pusat cucian kereta, jangan lupa untuk ambil gambar ketika kereta sedang dicuci berserta resit bayaran kerana anda boleh membuat tuntutan bayaran terhadap servis berkenaan. Tuntutan hendaklah dihantar kepada pusat khidmat pelanggan atau boleh emel di help@socar.my.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi Socar Mobility Malaysia. Juga boleh ikuti di media sosial Facebook – @socarmalaysia, Twitter – @socarmalaysia dan Instagram – @socarmy.
Kesimpulan
Kesimpulannya apabila menggunakan Socar anda ingat 3 perkara ini – pilih zon, jenis kereta dan promosi jika ada. Menyewa kereta kini telah menjadi mudah dengan Socar, tidak perlu lagi menghubungi ejen di pusat kereta sewa, anda boleh melakukannya sendiri pada bila-bila masa yang anda suka dengan app tanpa bantuan orang lain.
Hidup ini jangan merumitkan, biarkan ia mudah dan anda hanya menikmati detik-detik indah ini kerana kita tidak tahu bila ia akan berakhir.