Pengalaman 40 Tahun Mengembara Sejak Era 70-an

Kongsikan
Mengembara di zaman dahulu jauh bezanya dengan anak muda yang mengembara pada zaman teknologi maklumat masa kini. Pada zaman dahulu untuk mengembara perlukan kecekalan diri yang tinggi, tanpa kecekalan diri adalah mustahil untuk mengembara jauh dari tanah air tercinta ini.

Semasa musim panas tahun 1978 di usia muda 18 tahun dengan bajet yang terhad, beliau telah mengembara ke seluruh Eropah. Pelbagai pengalaman telah ditempuhi termasuklah tidur di kawasan taman dan tepian pantai, asrama, juga di dalam tren dan stesen tren, berkhemah di dalam hutan dan menjalani kehidupan nomad. Pengalaman itu telah membentuk diri beliau selamanya.

Stockholm Harbour
Stockholm Harbour, 1978

Sejak di usia kanak-kanak lagi, beliau menyimpan angan-angan untuk mengembara mengelilingi dunia dan apabila membaca subjek sejarah dan geografi mindanya berimaginasi ke tempat-tempat yang jauh, kawasan yang asing, destinasi menarik, lokasi eksotik, bertemu bangsa asing dan mengenali budaya baru membuatkan dirinya begitu teruja. Pada tahun 1981 beliau telah menamatkan latihan kejuruteraan di England dan semenjak itu beliau tidak berhenti mengembara.

Kenangan Istanbul
Pertama kali tiba di Istanbul.
Istanbul, Turki, 1979
Menara condong Pisa, Itali
Kenangan di menara condong Pisa.
Pisa, Itali, 1985

Mengimbas kembali memori ketika pertama kali beliau tiba di London pada pertengahan zaman 70-an, bukit-bukau tanah Inggeris nun menghijau dihiasi taman-taman yang indah, orang Inggeris bertutur dengan pelatnya, kafe-kafe kecil yang menarik, tempat membeli-belah yang menakjubkan dan kehidupan bandar yang sibuk tidak dapat dilupakan. Beliau teruja dengan kesibukan di Oxford Street dan tertarik dengan pemandangan serta sejarah Trafalgar Square, Tower Bridge dan Piccadilly Circus yang menawan. Malah menaiki tren bawah tanah antara pengalaman manis beliau ketika itu.

Oxford Street, London 1976
Pada hari pertama sampai di London September 1976, kami meronda ke Oxford Street. Ketika itu, kami seperti rusa masuk kampung, tercengang dengan keindahan kota London yang sebelum ini hanya igauan sahaja.
Oxford Street, London, 1976
Birmingham 1979
Kebiasaan semasa winter break, kami akan melawat kawan-kawan di luar kawasan kami. Gambar ini bersama rakan dari Aston University. Birmingham jarang bersalji dan apabila kami sampai dari Manchester, salji baru sahaja turun dengan lebatnya.
Birmingham, 1979

Ketika mengembara adalah menjadi rutin kebiasaan melalui perjalanan tren yang panjang, berada di dalam pesawat atau menaiki bas antara destinasi cukup memberikan ruang untuknya bersantai, merenung ke luar jendela menikmati pemandangan perjalanan yang indah atau mengalami pengalaman baru “sekali seumur hidup” juga pemangkin yang hebat untuknya berfikir dan merenung kebesaran Pencipta alam ini.

Cappadocia, Turki
Menaiki belon udara panas.
Cappadocia, Turki
Boztepe, Ordu, Turki
Sedang bersantai.
Boztepe, Ordu, Turki

Ungkapan kegemarannya oleh Ibn Battuta iaitu – “Mengembara membuatkan anda tidak terkata lalu mengubah anda menjadi seorang tukang cerita” – dan beliau merancang untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama sahabat lama dan keluarga, menikmati makanan dan perbualan yang indah dan melihat persekitaran yang biasa dengan sinar baru setiap hari.

Mengembara membuatkan anda tidak terkata lalu mengubah anda menjadi seorang tukang cerita.

Ibn Battuta
Liechtenstein
Liechtenstein
Capri, Itali
Capri, Itali
Rhodes, Greece
Istana Grand Master of the Knights, Rhodes, Greece

Ir. Haji Zainuddin bin Haji Omar atau lebih dikenali di bawah nama penanya kutuberahak telah berkhidmat sebagai jurutera di Jabatan Kerja Raya Malaysia selama 31 tahun dan Sime Darby Property selama 4 tahun. Beliau telahpun berterusan mengembara selama 40 tahun dan sekarang adalah full time traveller, part time worker and professional dreamer. Beliau sedang merancang perjalanan backpacking ke Amerika Tengah dan Utara sekarang ini.

Machu Picchu, Peru
Ketika berada di Machu Picchu, bekas peninggalan Tamadun Inca yang merupakan salah satu daripada 7 Wonders of The World.
Machu Picchu, Peru
Chocolate Hills, Bohol, Filipina
Chocolate Hills, Bohol, Filipina

Beliau adalah alumni Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang dan Universiti Salford, UK serta bertauliah sebagai seorang Jurutera Profesional yang berdaftar di Lembaga Jurutera Malaysia dan Asean Chartered Professional Engineer.

Troodos Mountains, Cyprus
Troodos Mountains, Cyprus

Akhir kata, beliau berharap supaya perkongsian kisah pengembaraan ini dapat menjadi inspirasi dan contoh kepada pembaca semua.

Ikuti arkib perkongsian beliau: Zainuddin Omar

Kami amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Sertai Berita Travel untuk capaian pantas di Telegram.

Adi Azudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Cerita lain untuk dibaca

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!