Laman web rujukan kaki travel Malaysia

Laman web rujukan kaki travel Malaysia

Undi kami di MWA Awards untuk Public's Favorite Website. Klik sini!

Hidup ini suatu perjalanan. Jadikan ia yang terbaik.

Life is a journey. Make the best of it.

Pelan Perjalanan Darat ke Beijing dari Kuala Lumpur
China Kemboja Malaysia Thailand Vietnam Pengetahuan

Pelan Perjalanan Darat ke Beijing dari Kuala Lumpur

Perjalanan darat lebih memberikan peluang dan juga ruang kepada anda untuk mengembara berbanding perjalanan udara kerana laluan darat perjalanannya adalah panjang sama ada menaiki tren, bas ataupun memandu kereta.
[su_wiloke_sc_company_website target=”_blank”]

Laluan

Destinasi Laluan Kuala Lumpur ke Beijing

Destinasi yang perlu ditempuhi bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Beijing secara laluan darat dan akhir sekali kembali ke Kuala Lumpur dengan pesawat terus dari Beijing.

  1. KL Sentral ke Padang Besar — Menaiki KTM ETS Gold selama 5 jam 26 minit, trip 4 kali sehari dengan tambang RM76. Jadual tren terbaik untuk berlepas dari KL Sentral ialah pukul 9:39 pagi dan tiba di destinasi pada 3:05 petang, lihat jadual tren.
  2. Padang Besar ke Bangkok — Menaiki State Railway of Thailand selama 16 jam 50 minit, trip sekali sahaja sehari (RM140). Jadual tren ialah berlepas pukul 5 petang dan tiba di destinasi pada 10:10 pagi (2 jam transit di Padang Besar), lihat jadual tren.
  3. Bangkok ke Aranyaprathet — Menaiki State Railway of Thailand selama 5 jam 40 minit, trip 2 kali sehari (RM40). Jadual tren ialah berlepas pukul 1:05 tengahari dan tiba di destinasi pada 5:35 petang (3 jam transit di Bangkok) atau berlepas pukul 5:55 pagi dan tiba di destinasi pada 11:35 pagi (19 jam transit di Bangkok).
  4. Aranyaprathet ke Siem Reap — Menaiki bas The Transport Company selama 2 jam 56 minit, trip 2 kali sehari dengan tambang 300 bath (RM38). Jadual bas berlepas setiap 8 pagi dan tiba di destinasi pada 11 pagi (15 jam transit di Aranyaprathet) atau 9 pagi dan tiba di destinasi pada 12 tengahari (16 jam transit di Aranyaprathet), lihat jadual bas.
  5. Siem Reap ke Ho Chi Minh — Menaiki bas Virak Buntham Express selama 17 jam, trip 4 kali sehari dengan tambang USD20 (RM82). Jadual bas terbaik untuk berlepas dari Siem Reap ialah pukul 7 malam menaiki bas jenis Sleeper Bus dan tiba di destinasi pada 12 tengahari (8 jam transit di Siem Reap), lihat jadual bas.
  6. Ho Chi Minh ke Hanoi — Menaiki Reunification Express Train selama 31 jam 30 minit (1,726km) dengan tambang USD90 (RM367) untuk soft berth. Jadual tren ialah berlepas pukul 7:30 malam dan tiba hampir 2 hari kemudian di destinasi pada 4:50 pagi (7 jam 30 minit transit di Ho Chi Minh), lihat jadual tren.
  7. Hanoi ke Sapa, Lao Cai — Menaiki Sapaly Express Train selama 8 jam 10 minit dengan tambang USD42 (RM172) untuk soft berth. Jadual tren ialah berlepas pukul 10 malam dan tiba di destinasi pada 6:10 pagi (17 jam transit di Hanoi), lihat jadual tren.
  8. Sapa, Lao Cai ke Hekou Bei — Menaiki teksi selama 8 minit (8.4km) untuk ke stesen keretapi (RM4).
  9. Hekou Bei ke Kunming South — Menaiki China Railways selama 5 jam 22 minit (364.9km), trip setiap 4 jam dan perjalanan pada pkul 9 pagi dengan tambang USD9 (RM37) bagi kerusi jenis hard seat, lihat jadual tren.
  10. Kunming Nan (South) ke Stesen Keretapi Kunming — Menaiki Metro selama 22 minit (12.5km), kekerapan Metro setiap 10 minit.
  11. Kunming ke Beijing Xi (West) — Menaiki China Railways Z-Class selama 33 jam 47 minit (2881.4km), perjalanan pada pukul 9:05 malam dengan tambang USD142 (RM580) untuk soft sleeper dan tiba hampir 2 hari kemudian di destinasi pada 6:52 pagi.
  12. Beijing ke Kuala Lumpur — Menaiki pesawat AirAsia selama 6 jam 25 minit, anggaran harga tiket penerbangan ialah RM1,030 (Premium Flatbed), RM640 (Low Fare) dan RM382 (Promo). Tempahan tiket secara online di laman web AirAsia.
Laluan Jenis Berlepas Ketibaan Transit
1. KL Sentral – Padang Besar Tren 09:39 15:05 2 jam
2. Padang Besar – Bangkok Tren 17:00 10:10 3 jam
3. Bangkok – Aranyaprathet Tren 13:05 17:35 15 jam
4. Aranyaprathet – Siem Reap Bas 08:00 11:00 8 jam
5. Siem Reap – Ho Chi Minh Bas 19:00 12:00 7 jam
6. Ho Chi Minh – Hanoi Tren 19:30 04:50 17 jam
7. Hanoi – Sapa, Lao Cai Tren 22:00 06:10 1 hari
8. Sapa, Lao Cai – Hekou Bei Teksi
9. Hekou Bei – Kunming South Tren 09:40 15:34 5 jam
10. Kunming South – Kunming Metro
11. Kunming – Beijing West Tren 21:05 06:52 2 hari
12. Beijing – Kuala Lumpur Flight 02:30 08:55
Jadual 1: Waktu perjalanan dan transit

Berdasarkan jadual berlepas dan ketibaan di atas, jika perjalanan dilakukan secara berterusan mengikut tempoh transit maka kami akan jejakkan kaki di Beijing pada hari ke-10.

Sponsored

Sponsored

Laluan Penyedia Tambang
1. KL Sentral – Padang Besar Keretapi Tanah Melayu RM76
2. Padang Besar – Bangkok State Railway of Thailand RM140
3. Bangkok – Aranyaprathet State Railway of Thailand RM40
4. Aranyaprathet – Siem Reap The Transport Company RM38
5. Siem Reap – Ho Chi Minh Virak Buntham Express RM82
6. Ho Chi Minh – Hanoi Reunification Express Train RM367
7. Hanoi – Sapa, Lao Cai Sapaly Express Train RM172
8. Sapa, Lao Cai – Hekou Bei Teksi RM4
9. Hekou Bei – Kunming South China Railways RM37
10. Kunming South – Kunming Metro RM15
11. Kunming – Beijing West China Railways RM580
12. Beijing – Kuala Lumpur AirAsia RM640
Jumlah Tambang RM2,191
Jadual 2: Tambang pengangkutan awam

Transit

1. Bangkok

Bangkok adalah destinasi kedua selepas Padang Besar, tetapi Padang Besar tidak perlu diceritakan panjang lebar, hanya singgah untuk mendapatkan tiket ke Bangkok sahaja.

Bangkok
Bangkok, Thailand

Tempat-tempat Menarik

  • Bangkok National Museum — Tiket RM38 dan tambang bas RM6 dari Stesen Keretapi Bangkok.
  • The Grand Palace — Tiket RM77 dan lokasinya hanya berjalan kaki dari Bangkok National Museum.
  • National Museum of Royal Barges — Tiket RM27 dan perlu menaiki feri dari The Grand Palace berharga RM7.
Bangkok National Museum
Bangkok National Museum
The Grand Palace
The Grand Palace, Bangkok
Khaosan Road
Khaosan Road, Bangkok
National Museum of Royal Barges
National Museum of Royal Barges
Wat Arun Temple
Wat Arun Temple di pinggir Sungai Chao Phraya
Wat Arun Temple

Jika memilih tempoh transit 19 jam iaitu menaiki tren pada 5:55 pagi, sepanjang hari sehingga malam sempatlah untuk kunjungi kesemua tempat yang disenaraikan di atas termasuk Asiatique Riverfront.

Asiatique Riverfront
Asiatique Riverfront

Masjid Haroon

Sebagai pengembara Muslim, pasti masjid dan makanan halal menjadi keutamaan untuk anda singgah menjamu selera serta menunaikan solat, di Bangkok dan tidak jauh dari Stesen Keretapi Hua Lamphong cuma 1.6km sahaja lebih kurang 20 minit berjalan kaki untuk ke sini. Sekitar jalan berhampiran masjid ini anda boleh dapatkan makanan halal.

Sponsored

Sponsored

Makanan Halal

Beberapa restoran makanan halal disenaraikan di bawah dan nampaknya tidak sukar untuk mencari makanan halal apabila tiba di Bangkok.

  1. Yana Restaurant — Terletak di Tingkat 5, MBK Center dan mendapat review yang baik daripada pelanggan. Ia tidak jauh dengan stesen keretapi dan boleh berjalan kaki.
  2. Usman Muslim Restaurant — Terletak di Sukhumvit Road yang beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam.
  3. Home Cuisine Islamic Restaurant — Terletak di Charoen Krung Road, juga terdapat beberapa restoran Muslim berhampiran dan boleh berjalan kaki dari stesen keretapi.
  4. Restoran Ibu Silom — Restoran halal makanan Malaysia di Silom Road.
  5. Shoshana Restaurant — Restoran makanan Arab berhampiran Bangkok National Museum.

Pengangkutan Awam

Maklumat pengangkutan awam di Bangkok boleh rujuk artikel Pengangkutan Awam di Bangkok.


2. Aranyaprathet

Aranyaprathet adalah sebuah pekan kecil di sempadan Thailand – Kemboja, ia tiada perkara menarik untuk diteroka.

Berdasarkan jadual perjalanan kami akan tiba di sini pada pukul 5:35 petang yang menyebabkan kami transit selama 15 jam untuk menunggu bas ke Siem Reap pukul 8 pagi.

Terdapat beberapa hotel murah untuk menginap antaranya Border Hotel berharga RM85 semalam dan jaraknya paling hampir dengan sempadan, hanya beberapa minit berjalan kaki ke Imigresen Thailand dan menuju ke pintu masuk PoiPet, Kemboja.

Sempadan Aranyaprathet - Poipet
Sempadan antara Thailand dan Kemboja iaitu pintu masuk ke Poipet melalui Aranyaprathet
Foto di Getty Images

Lihat: Stesen Keretapi Aranyaprathet menerusi street view.

Pelan Sandaran

Pelan sandaran atau backup plan merupakan pelan tambahan untuk kami melakukan sesuatu jika tidak bermalam di Aranyaprathet. Tujuannya ialah untuk keselesaan perjalanan dan mengunjungi ke destinasi yang mudah bagi kami mendapatkan makanan halal.

Ada dua pilihan pelan sandaran iaitu:

Sponsored

Sponsored

  1. Pelan sandaran pertama — Apabila tiba di Aranyaprathet pada pukul 5:35 petang terus ke sempadan melakukan urusan keluar dan masuk ke PoiPet menunggu bas jenis Luxury Bus oleh Virak Buntham Express dengan harga tambang USD15 (RM62) ke Phnom Penh pukul 9 malam (perjalanan memakan masa 7 jam 30 minit sejauh 405.5km), untuk ke Ho Chi Minh pula kami teruskan perjalanan dari Phnom Penh sahaja maknanya melepaskan Siem Reap jika laluan ini yang dipilih.
  2. Pelan sandaran kedua — Menghabiskan masa di Bangkok dan langsung tidak ke Aranyaprathet, menunggu bas pada 1 pagi jenis Scania Semi Sleeper oleh Virak Buntham Express dengan harga tambang USD23 (RM94) ke Siem Reap (perjalanan memakan masa 8 jam sejauh 402.4km) dan jadual lain kekal seperti biasa.
Laluan Jenis Berlepas Ketibaan Tambang
1. PoiPet – PhnomPenh Luxury Bus 21:00 04:30 USD15
2. Bangkok – Siem Reap Semi Sleeper 01:00 09:00 USD23
Jadual 3: Waktu perjalanan bas untuk pelan sandaran

3. Siem Reap

Siem Reap adalah destinasi peranginan di barat laut Kemboja, terletaknya runtuhan kerajaan Khmer abad ke-9 hingga 15. Angkor Wat dan beberapa kuil utama menjadi destinasi kunjungan oleh para pelancong, bagi yang meminati sejarah mungkin menyukai tempat-tempat ini.

Mengikut jadual tiba pukul 11 pagi dari Aranyaprathet, lihat Jadual 1.

Tempat-tempat Menarik

Tujuh lokasi di bawah sesuai untuk pelancong yang cuma ada masa sehari sahaja di Siem Reap, boleh dilakukan dalam beberapa jam.

  • Angkor Wat — Kuil yang paling ikonik dan luas ini dikelilingi oleh parit dan mempunyai seni ukiran dinding yang rumit. Peruntukan masa 1 jam 30 minit, kemudian 5 minit menaiki kenderaan ke destinasi kedua.
  • Phnom Bakheng — Dibina pada tahun 889-910 CE, runtuhan kuil Hindu & Buddha ini popular di kalangan pelancong untuk menikmati matahari terbenam. Peruntukan masa 50 minit, kemudian 10 minit menaiki kenderaan ke destinasi ketiga.
  • Angkor Thom — Runtuhan ibu kota Khmer abad ke-13 yang memaparkan pelbagai kuil-kuil Buddha yang berlainan. Peruntukan masa 1 jam, kemudian hanya berjalan kaki 5 minit ke destinasi keempat.
  • Bayon — Kuil Angkor Thom dari abad ke-12 terkenal dengan ukiran muka besar di dinding batu. Peruntukan masa 1 jam, kemudian jalan kaki 10 minit ke destinasi ke lima.
  • Baphuon — Peruntukan masa 30 minit, kemudian ke destinasi seterusnya berjalan kaki 5 minit.
  • Phimeanakas — Peruntukan masa 30 minit, kemudian ke destinasi terakhir berjalan kaki 5 minit.
  • Terrace of the Elephants — Peruntukan masa 30 minit dan selesai aktiviti di Siem Reap.
Angkor Wat
Pelancong yang melawat Angkor Wat, Siem Reap
Foto oleh Milada Vigerova di Unsplash
Angkor Wat
Foto oleh Cristian Moscoso di Unsplash

Akan buat semakan dengan syarikat bas sama ada boleh menunggu terus di sempadan masuk PoiPet atau perlu ke Stesen Bas Aranyaprathet

Makanan Halal

  1. Masakan Ibu — Restoran masakan Malaysia di Siem Reap Central Market. Dibuka dari 12 tengahari hingga 9 malam, nombor telefon +855-12789369.
  2. Atmosphere Siem Reap — Restoran makanan Arab di Central Market. Dibuka dari 11 pagi hingga 10 malam, nombor telefon +855-98352985.
  3. The Siem Reap Backpackers Halal Restaurant — Dibuka dari 7 pagi hingga 9 malam, nombor telefon +855-977256503.
  4. Haji Musa Restaurant — Restoran ini terletak bersebelahan masjid dan pemiliknya pernah belajar di Kelantan dan boleh bertutur Bahasa Melayu. Dibuka dari 11:30 pagi hingga 9:30 malam, nombor telefon +855-12946220.

Perkhidmatan Tuk Tuk

  1. Mustafa — Hubungi nombor telefon +855-70596040 untuk perkhidmatan Tuk Tuk, boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, untuk pastikan harga hubungi beliau terlebih dahulu.
  2. Safy Angkor Wat — Hubungi nombor telefon +855-81918918 untuk perkhidmatan Tuk Tuk, harga yang ditawarkan cuma USD15 sehari dengan bekalan air mineral tanpa had.

4. Phnom Penh

Phnom Penh merupakan ibu negara Kemboja yang terletak di persimpangan Sungai Mekong dan Tonle Sap. Suatu ketika dahulu adalah pusat Empayar Khmer dan penjajah Perancis. Sekarang ini di tebing sungai dipenuhi dengan taman, restoran dan bar, bangunan kerajaan dan beberapa monumen lain termasuklah muzium yang memaparkan artifak dari seluruh negara.

Phnom Penh adalah pelan sandaran jika kami tidak transit di Siem Reap, mengikut jadual tiba pukul 4:30 pagi dari PoiPet, lihat Jadual 3.

Semak jadual bas Giant Ibis untuk ke Bandar Ho Chi Minh, perjalanan memakan masa selama 7 jam (248.3km) dengan tambang RM82. Trip 2 kali sehari iaitu pada 8 pagi dan 12:30 tengahari.

Bandar Phnom Penh
Sebahagian daripada pemandangan Phnom Penh yang dapat dilihat apabila berkunjung ke sini — Foto Bamboo Travel
Phnom Penh, Kemboja
Bandar Phnom Penh
Inilah 2 menara paling tinggi setakat tahun 2017 di Phnom Penh iaitu Menara Vattanac Capital dan Menara OCIC (Canadia Bank)
Phnom Penh, Kemboja
Menara Vattanac Capital
Menara Vattanac Capital setinggi 188 meter dan 38 tingkat yang siap pada 2014 — Rekaan Farrells
Phnom Penh, Kemboja

Mercu tanda Bandar Phnom Penh akan bertambah pada tahun 2021 apabila siapnya menara berkembar Thai Boon Roong Twin Trade Center yang sedang dalam pembinaan ketika ini, ia bakal menjadi menara berkembar tertinggi di dunia (560 meter) dan Menara Kembar Petronas di kedudukan kedua selepas itu.

Sungai Mekong
Suasana Sungai Mekong pada waktu malam — Foto Bamboo Travel
Phnom Penh, Kemboja

Tempat-tempat Menarik

  • Independence Monument
  • Royal Palace
  • National Museum of Cambodia
  • Silver Pagoda
  • Central Market
  • Wat Phnom
Independence Monument
Foto Bamboo Travel
Independence Monument
Norodom Sihanouk Statue
Norodom Sihanouk Statue
Cambodia Royal Palace
Royal Palace menghadap ke arah Sungai Mekong — Foto Bamboo Travel
Royal Palace
Cambodia Royal Palace
Royal Palace
Cambodia National Museum
National Museum
Silver Pagoda
Silver Pagoda
Cambodia Central Market
Central Market
Wat Phnom
Wat Phnom

Makanan Halal

  1. The Gulai Halal Restaurant — Restoran masakan Malaysia yang beroperasi dari 8 pagi hingga 11:30 malam, nombor telefon +855-23966209.
  2. Cafe Malaya — Restoran masakan Malaysia yang mendapat review pelanggan memuaskan, dikatakan antara yang terbaik dari segi harga dan masakan. Lokasi restoran di Preah Chey Chetha Street yang beroperasi dari 10:30 pagi hingga 7:30 malam, nombor telefon +855-236368883.
  3. Ahman Green Malaysian Food — Restoran masakan Malaysia di Samdach Chakrei Ponn Street yang beroperasi dari 7:30 pagi hingga 8:30 malam, nombor telefon +855-12336630.
  4. Hummus House — Restoran halal masakan Lubnan di pinggir Sungai Tonle Sap yang beroperasi dari 10:30 pagi hingga 10:30 malam, nombor telefon +855-92483759.
  5. MK Halal — Dibuka dari 10 pagi hingga 10:30 malam, nombor telefon +855-12204033.

Perkhidmatan Tuk Tuk

Hubungi Rattanak’s Tuk Tuk Service jika mahu ke lokasi-lokasi sekitar Phnom Penh.


5. Bandar Ho Chi Minh

Bandar Ho Chi Minh namanya bersempena nama pemimpin pertama kerajaan komunis Vietnam iaitu Ho Chi Minh yang telahpun meninggal dunia pada tahun 1969, nama ini digunakan secara rasmi pada tahun 1975 apabila kawalan Vietnam Selatan diserahkan kepada Utara. Nama lamanya Saigon masih lagi digunakan secara tidak rasmi sehingga kini.

Tempat-tempat Menarik

Makanan Halal


6. Hanoi

Hanoi adalah ibu negara Vietnam, terkenal dengan seni bina yang berabad-abad lamanya dan budaya yang kaya dengan pengaruh Asia Tenggara, China dan juga Perancis.

Tempat-tempat Menarik

Makanan Halal

Penginapan

Penginapan satu malam.


7. Sapa

Sapa adalah destinasi paling utara di Vietnam, jika rujuk peta ia menghala ke arah barat laut dari Hanoi dan bersempadan dengan Yunnan, China. Inilah destinasi terakhir Asia Tenggara sebelum kami memasuki China, sebelum ke Beijing perjalanan dari Sapa akan ke ibu wilayah Yunnan dahulu iaitu Kunming.

Tempat-tempat Menarik

Makanan Halal

Penginapan

Masukkan Gunung Fansipan dan juga penginapan satu malam.


8. Kunming

Kunming hari ini adalah pusat politik, ekonomi dan budaya wilayah Yunnan serta destinasi pelancongan paling popular di barat daya China.

Mengikut statistik ramai pelancong yang datang melawat antara Jun hingga Ogos, ketika bulan Oktober nanti suhu di Kunming antara 12° hingga 21°C.

Tempat-tempat Menarik

  • Stone Forest
  • Green Lake
  • Yuantong Temple
  • Daguan Park

Makanan Halal

Baca: Catatan Perjalanan Akhir Tahun di Kunming


9. Beijing

Sebagai ibu negara Republik Rakyat China, Beijing menjadi pusat politik, ekonomi dan kebudayaan negara. Ia terletak di utara China, berdekatan dengan bandar pelabuhan Tianjin dan sebahagiannya dikelilingi oleh wilayah Hebei, juga berfungsi sebagai hub pengangkutan terpenting di China.

Eksplorasi ini berakhir di Beijing, cukuplah perjalanan kami setakat ini bermula dari tanah air merentasi 10 bandar, 5 negara sejauh 4,204 km. Pengalaman ini juga akan dijadikan latihan sebelum kami pergi lebih jauh pada masa akan datang, mungkin Trans-Siberia jika ada peluang.

Tempat-tempat Menarik

  • Tembok Besar (Great Wall) — Tembok Besar di Badaling adalah tempat paling wajib untuk dijejaki, maklumlah datang sejauh ini rugi jika tidak ke sini yang merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tembok Besar ini terletak lebih kurang 75 km dari pusat bandar.
  • Forbidden City
  • Dataran Tiananmen
  • Summer Palace
  • National Stadium
  • Temple of Heaven
  • Yonghe Temple
  • Ming Tombs
  • Zoo Beijing

Makanan Halal

Penginapan

Penginapan 2 malam sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Adi Azudin

adiazudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Anda Telah Melihat

Promosi Hotel

Booking.com

Tambah Komen

Perbincangan yang berkaitan dengan artikel.

TINGGALKAN KOMEN

Hidup ini suatu perjalanan. Jadikan ia yang terbaik.

Tambah Komen

Perbincangan yang berkaitan dengan artikel.

TINGGALKAN KOMEN

Hidup ini suatu perjalanan. Jadikan ia yang terbaik.

Kandungan Berkaitan

Penafian: Terdapat beberapa pautan pada halaman ini adalah pautan affiliate. Ianya tanpa sebarang kos tambahan kepada anda, kami akan mendapat peratusan kecil jika anda membuat pembelian dan kami hanya mengesyorkan produk yang kami pilih!

Travelholic

Jiwa kembara mencari pengalaman

Galeri Instagram

Hubungi

Berikan kami tempoh 24 jam untuk membalas pertanyaan!

Sebarang pertanyaan berkaitan travel boleh hubungi kami pada bila-bila masa.

Ikuti Kami