Original Cake yang Berasal dari Tamsui Old Street Taiwan

Kongsikan
Taiwan Original Cake baru lagi di Malaysia dan setakat ini ia memiliki 7 cawangan yang telahpun viral di media sosial tentang kegebuan tekstur keknya.

Pada hujung minggu ketika membeli-belah bersama keluarga di IOI City Mall, Putrajaya kami tahu bahawa kedai kek Taiwan Original Cake baru sahaja seminggu dilancarkan maka kami juga mahu merasai apakah istimewanya kek ini sehingga sanggup orang ramai beratur panjang bagi mendapatkannya.

Original Cake
Orang ramai sedang menunggu untuk mendapatkan Original Cake
IOI City Mall, Putrajaya
Original Cake
Kek sebelum dipotong
Original Cake
Kek selepas dipotong
Original Cake
Kek yang telahpun diagihkan ke dalam kotak

Perisa Kek

Original Cake
Gambar dari kiri perisa Original, Frozen Chocolate dan Golden Cheese

Terdapat tiga perisa kek yang dijual iaitu Frozen Chocolate RM25 sekotak, Golden Cheese RM20 sekotak dan Original RM15 sekotak.

Bahan-bahan utama yang digunakan untuk membuat kek ini ialah telur, susu, minyak sayuran, gula dan tepung.

Setelah merasai ketiga-tiga perisa kek ini kami sukakan kek perisa Frozen Chocolate, rasanya pahit coklat kerana menggunakan dark chocolate dan terdapat cip coklat di tengah-tengah, ia kurang manis sesuai bagi yang tidak gemarkan makanan manis. Golden Cheese pula teramat kuat rasa telurnya, apabila terhidu bau sahaja anda sudah tahu ianya pasti telur, sesuai bagi penggemar telur. Manakala perisa Original adalah kek kosong yang tiada apa-apa di tengah, tetapi ia tetap kuat rasa telurnya.

Kesimpulan

Kesimpulannya, adakah suka atau tidak ia subjektif bergantung kepada citarasa masing-masing, lain orang lain seleranya. Anda perlu cuba sendiri untuk mengetahui sama ada akan suka atau tidak terhadap kek resipi asli dari utara Taiwan ini.

Kami amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Sertai Berita Travel untuk capaian pantas di Telegram.

Adi Azudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Cerita lain untuk dibaca

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!