Informasi
Sejarah Original Cake bermula di Tamsui Old Street, Taiwan yang terdapat tempat-tempat bersejarah serta pantai yang menarik di bahagian utara Taiwan. Pelancong dinasihatkan supaya jangan ketinggalan merasai kek segar asli di kawasan itu. Itulah serba sedikit sejarah kek asli Taiwan ini.
Pada hujung minggu ketika membeli-belah bersama keluarga di IOI City Mall, Putrajaya kami tahu bahawa kedai kek Taiwan Original Cake baru sahaja seminggu dilancarkan maka kami juga mahu merasai apakah istimewanya kek ini sehingga sanggup orang ramai beratur panjang bagi mendapatkannya.

IOI City Mall, Putrajaya



Perisa Kek

Terdapat tiga perisa kek yang dijual iaitu Frozen Chocolate RM25 sekotak, Golden Cheese RM20 sekotak dan Original RM15 sekotak.
Sponsored
Sponsored
Bahan-bahan utama yang digunakan untuk membuat kek ini ialah telur, susu, minyak sayuran, gula dan tepung.
Setelah merasai ketiga-tiga perisa kek ini kami sukakan kek perisa Frozen Chocolate, rasanya pahit coklat kerana menggunakan dark chocolate dan terdapat cip coklat di tengah-tengah, ia kurang manis sesuai bagi yang tidak gemarkan makanan manis. Golden Cheese pula teramat kuat rasa telurnya, apabila terhidu bau sahaja anda sudah tahu ianya pasti telur, sesuai bagi penggemar telur. Manakala perisa Original adalah kek kosong yang tiada apa-apa di tengah, tetapi ia tetap kuat rasa telurnya.
Kesimpulan
Kesimpulannya, adakah suka atau tidak ia subjektif bergantung kepada citarasa masing-masing, lain orang lain seleranya. Anda perlu cuba sendiri untuk mengetahui sama ada akan suka atau tidak terhadap kek resipi asli dari utara Taiwan ini.