Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-60

Machu Picchu Adalah Bukti Peninggalan Tamadun Inca di Peru
Peru Percutian

Machu Picchu Adalah Bukti Peninggalan Tamadun Inca di Peru

Informasi

Machu Picchu adalah tapak peninggalan Tamadun Inca. Pada tahun 1983 tempat ini telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco.

Email: hafiz.mustapha@travelholic.my

Social:

Baca Info

Machu Picchu telah diisytiharkan sebagai salah satu antara 7 Keajaiban Dunia – 7 Wonders of the World dan saya telah berpeluang menjejakkan kaki di tapak peninggalan Tamadun Inca ini.

Saya telah diberikan rezeki untuk melawat tempat ini. Alhamdulillah ini adalah keajaiban ke-5 telah berjaya sampai. Sebelum ini telah ke Taj Mahal India, Petra Jordan, Great Pyramid Mesir dan juga Tembok Besar China. Tetapi melancong ke Machu Picchu adalah tempat paling mencabar antara kelima-lima tempat ini. Oleh itu, saya ingin memberikan panduan kepada mereka yang ingin melawat keajaiban Tamadun Inca ini.

Bumi Tamadun Inca
Bumi Tamadun Inca
Sacred Valley of the Incas, Cusco, Peru

Panduan Melancong di Machu Picchu

Machu Picchu
Pemandangan Machu Picchu
Foto oleh Jeremiah Berman di Unsplash

1. Waktu Melawat

Waktu puncak ialah daripada Julai hingga September iaitu ketika musim sejuk di Machu Picchu, cuaca sejuk tetapi kurang hujan. Elakkan melawat antara bulan Januari hingga Mac kerana ia adalah musim hujan. Keadaan berlumpur di Machu Picchu dan cuaca tidak cantik untuk posing berlatar belakang Machu Picchu. Paling worst kalau banjir! saya ke sana pada akhir Jun, pelancong sangat ramai tetapi cuaca sangat cantik.

2. Penerbangan

Bandar Cusco
Benginilah keadaan Bandar Cusco
Stock Photo

Tiada penerbangan terus dari Malaysia hingga Cusco (Machu Picchu). Oleh itu, saya memilih laluan Kuala Lumpur – Paris – Lima – Cusco. Pastikan anda memilih masa transit sekurang-kurangnya 5 atau 6 jam untuk semua transit. Saya telah tertinggal penerbangan dari Lima ke Cusco. Jangan peduli apa kata airlines (sebab airlines yang suggestkan) kerana peraturan Peru ialah anda kena ambil luggange dan check-in kembali untuk penerbangan domestik. Walaupun lapangan terbang Lima kecil, tetapi dikhuatiri luggage lambat atau flight delay. Dinasihatkan tempah codeshare untuk kesenangan sebab kalau terlepas flight airlines akan beri flight seterusnya juga hotel dan makanan free. Saya bertuah kerana diberikan hotel 5 bintang ketika di Lima, tapi anda janganlah ambil risiko, transitlah paling kurang 5 atau 6 jam.

Amaran: Jika anda tertinggal penerbangan, jangan berhubung dengan mana-mana agen yang berlegar di sekitar airport. Hanya berhubung dengan petugas kaunter di dalam airport sahaja. Agen diluar akan mencari mereka yang tertinggal flight dan akan menipu. Ini telah diberikan amaran oleh petugas kaunter tiket di Lima Airport, kuat juga menipu orang disini. Jika tiada orang di kaunter tunggu sehingga kaunter buka, ingat pesanan ini!

3. Altitude Sickness

Sebelum ke Machu Picchu, wajib melawat Cusco. Tetapi ketinggian tempat ini ialah 3,400 meter dan kebarangkalian orang Malaysia dapat altitude sickness sangat tinggi disebabkan kebiasaan kita semua duduk di tanah rendah. Saya sendiri mengalami minor altitude sickness, simptom-simptomnya ialah sakit kepala, cepat penat, terasa hendak muntah dan ada juga susah untuk bernafas. Kalau anda ada penyakit asma lagi lah teruk! Persediaan yang boleh dilakukan ialah makan ubat altitude sickness siap-siap dan minum coca tea banyak-banyak. Coca ialah daun kokain sebelum diproses. Anda jangan risau, tiadanya jadi penagih dadah. Semua orang di sini minum coca tea. Cuma janganlah gatal-gatal bawa daun coca letak di dalam luggage or hand carry, nanti tak pasal-pasal anjing kat airport pergi kat korang.

Promosi Untuk Anda

Baca: Apakah Akut Penyakit Gunung dan Cara Mengatasinya

4. Makanan

Cuy
Cuy adalah makanan tradisional Peru. Cuy juga dipanggil cobayo atau conejillo de indias, adalah tikus belanda dan makanan tradisional dalam budaya Amerika Selatan
Peru

Sepanjang saya berada disini memang tiada restoran makanan halal. Jadi, pandai-pandailah makan. Jika sesiapa yang tahu tentang ada makanan halal di kawasan ini, boleh tinggalkan maklumat di ruangan komen.

5. Cadangan Lawatan

Cristo Blanco
Christo Blanco atau White Christ in Cusco merupakan hadiah daripada Arab Palestin yang menjadi pelarian di Cusco pada era Perang Dunia ke-2. Pada waktu malam ia bersinar dengan cahaya melambangkan hospitality masyarakat Cusco kepada pelarian Palestin. Ia terletak di bukit suci Inca iaitu Pukamuqo dan rupanya mirip seperti miniature untuk Christ De Redemeer di Rio, Brazil
Cusco Region, Peru
Ollantaytambo
Ollantaytambo (dipanggil oleh penduduk tempatan Ollanta) adalah sebuah bandar di Sacred Valley of the Incas berhampiran Cusco di wilayah Selatan Sierra Peru. Di sinilah Inca berundur selepas Sepanyol mengambil Cusco
Sacred Valley of the Incas, Peru
Aguas Calientes
Aguas Calientes
Foto oleh Tomas Sobek di Unsplash

Bandaraya Lima sehari pun cukup, dari Lima terbang ke Machu Picchu. Sebelum itu anda boleh ke Cusco, Sacred Valley, Ollantaytambo dan bandar sebelum puncak Machu Picchu iaitu Aguas Calientes yang penuh dengan sejarah. Pemandangan juga sangat cantik. Jika hendak jelajah ke semua tempat mungkin boleh luangkan masa dalam 8 hari di Peru.

6. Tren dan Bas

Stesen Keretapi Ollantaytambo
Ketika di Stesen Keretapi Ollantaytambo
Ollantaytambo, Peru

Untuk ke Machu Picchu anda boleh ambil Peru Rail dari bandar Ollantaytambo, perkhidmatan tren yang amat selesa tetapi harga yang agak mencekik darah. Tetapi memang tiada pilihan pun sebab untuk ke sini kena juga naik tren berkenaan. Sepanjang perjalanan nikmatilah pemandangan yang amat indah, percayalah tak boleh tidur. Ketika di dalam tren anda dihidangkan makanan dan minuman, siap ada show lagi dan sangat berbaloi.

7. Bahasa

Alpaca dan wanita Inca
Dapat juga sentuh Alpaca dan bergambar bersama wanita Inca
Peru

Bahasa Sepanyol adalah bahasa rasmi tetapi ramai juga yang boleh bertutur di dalam Bahasa Inggeris, cuma mereka tidak sebaik orang Malaysia bertutur Bahasa Inggeris.

8. Pendakian

Inca Trail
Untuk kaki hiking boleh cuba Inca Trail
Stock Photo

Siapa yang kaki hiking boleh ambil pakej Inca Trail iaitu pendakian ke Machu Picchu selama sehari. Jika mahukan pengalaman lagi menarik boleh ambil hiking dan camping di Pergunungan Andes ini selama 4 hari, camping dia sangat profesional dan selamat.

9. Tiket

Berbaju Melayu di Machu Picchu
Inilah Machu Picchu peninggalan Tamadun Inca, kesenian pahat batu dan ukiran menjadi kebanggaan tamadun ini
Machu Picchu, Cusco, Peru

Tiket untuk masuk ke Machu Picchu patut dibeli awal kerana terlalu ramai pelancong ke sini, anda boleh beli secara online.

Rujuk: Ticket Machu Picchu

10. Hotel

Skylodge Adventure Suites
Jika anda mahukan kelainan dan lebih unik daripada kebiasaan boleh cuba penginapan Skylodge Adventure Suites, ia tergantung di tepi bukit. Boleh dapatkan maklumat lanjut berikut.
Ollantaytambo, Peru

Harga hotel di sini yang selesa USD100 keatas. Terdapat banyak sangat pilihan daripada jenis biasa-biasa sehingga taraf 5 bintang.

Rujuk: Booking.com


Berbaju Melayu di Machu Picchu
Sempena berjaya jejakkan kaki di puncak Machu Picchu ini saya berpakaian kebangsaan Malaysia sambil mempromosikan buku Gaya Untuk Berjaya
Machu Picchu, Cusco, Peru

Setelah baca tips-tips yang saya berikan di atas, adakah anda mahu melawat ke sini? Saya cadangkan sangat anda gunakan khidmat my guide ketika di sana iaitu Hernan Hermoza. Anda sendiri boleh emel beliau di hernanhermoza@yahoo.com atau lihat Facebook Hernan Tour Guides Peru Machupicchu, dia boleh tolong anda uruskan semua sekali.

Ukuran Kepuasan

5 mata berdasarkan 2 nilai

  • Sangat Baik
    2
  • Baik
    0
  • Sederhana
    0
  • Bosan
    0
  • Teruk
    0
Profil - Hafiz Mustapha

hafiz

Hafiz Mustapha adalah pengasas CuteCarry Sdn. Bhd. Seorang pakar dalam mengendalikan latihan untuk kakitangan kerajaan dan korporat dalam aspek pembangunan sahsiah diri, imej, komunikasi, pengendalian majlis, protokol, etiket sosial dan perniagaan.

Anda Telah Melihat

Promosi Hotel

Booking.com

Tambah Komen

TINGGALKAN KOMEN

Penafian: Terdapat beberapa pautan pada halaman ini adalah pautan affiliate. Ianya tanpa sebarang kos tambahan kepada anda, kami akan mendapat peratusan kecil jika anda membuat pembelian dan kami hanya mengesyorkan produk yang kami pilih!

Travelholic

Jiwa kembara mencari pengalaman

Galeri Instagram

Hubungi

Berikan kami tempoh 24 jam untuk membalas pertanyaan!

Sebarang pertanyaan berkaitan travel boleh hubungi kami pada bila-bila masa.