Kerajaan Arab Saudi telahpun mengeluarkan arahan pada 12 November 2017 iaitu larangan mengambil foto atau video dengan apa sahaja peranti di Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabawi.
Larangan itu bukan bermakna tidak dibenarkan swafoto sahaja, malah apa sahaja bentuk rakaman tidak boleh dilakukan oleh jemaah yang menunaikan haji atau umrah.

Foto oleh Denisa P. Rosandria
Ada sesetengah pihak mengatakan berasa kecewa kerana tidak lagi boleh mengambil gambar untuk dijadikan kenangan ketika berada di dua masjid suci tersebut.
Sumber: The Star dan imej rencana oleh AFP.