Sertai Komuniti Travelholic untuk interaksi bersama kami

Kunjungan Persaudaraan di Bumi Kenyalang
Sarawak Percutian

Kunjungan Persaudaraan di Bumi Kenyalang

Informasi

Kuching adalah ibu negeri kepada Sarawak yang merupakan negeri terbesar di Malaysia. Penerbangan mengambil masa selama 1 jam 35 minit untuk ke Kuching daripada Kuala Lumpur.

Baca Info

Kesempatan meluangkan masa bercuti bersama keluarga adalah salah satu detik manis kerana bukan senang untuk berkumpul bersama pada satu-satu masa. Setelah sekian lama tidak bercuti bersama, maka kali ini destinasi yang dituju ialah Kuching, Sarawak sambil mengunjungi saudara yang telah menetap selama 2 tahun kerana berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Santubong.

Percutian bersama keluarga semestinya berbeza jika hendak dibandingkan dengan percutian secara solo ataupun berkumpulan bersama rakan-rakan. Percutian keluarga ini bagi saya sendiri ia lebih kepada luangkan masa bersama di antara ahli kerabat, ianya bukan mengejar sejauh mana perjalanan dilakukan, tetapi apabila bersama keluarga hendaklah ia lebih santai dan laksanakan aktiviti yang dirasakan perlu bersama.

Ikuti catatan perjalanan kami di bawah sepanjang percutian di Kuching, Sarawak.

Hari Pertama

1. Penerbangan

Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur pada 17 November 2016 berlepas pada 12:55 tengahari dan tiba di Kuching pada pukul 2:40 petang.

2. Ketibaan Rombongan

Ahli percutian seramai 14 orang dari Kuala Lumpur ke Kuching.

3. Kereta Sewa

Kereta sewa ialah Toyota HiAce dengan kapasiti 12 tempat duduk pada harga RM200 sehari.

Kereta sewa di Kuching
Sewa van Toyota HiAce
Untuk dapatkan perkhidmatan kereta sewa dengan bayaran berpatutan ini boleh hubungi Hadif Abdullah 013-801 9883 dari syarikat Target Transportation & Service.

4. Penginapan

Penginapan kami di Kediaman Seroja selama 4 malam iaitu kuarters kakitangan Institut Aminuddin Baki, Kuching di Santubong.

Kuarters Kakitangan IAB, Kuching
Kuarters Kakitangan Institut Aminuddin Baki, Kuching

Hari Kedua

Hari kedua barulah kami semua hendak berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Kuching.

Gambar bersama abang dan anak saudara
Gambar bersama abang dan anak saudara

5. Menikmati Mi Kolok

Perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah mahu mencuba Mi Kolok, sedap sangatkah? Jadi, aktiviti pertama ialah ke Medan Ikan Bakar Kpg. Buntal yang tidak jauh dari Institut Aminuddin Baki untuk merasai Mi Kolok buat pertama kali.

Makan Mi Kolok
Kami semua berada di Medan Ikan Bakar Kpg. Buntal

Makan Mi Kolok

Mi Kolok
Inilah Mi Kolok yang dimakan bersama kuah sup

Harga Mi Kolok ialah RM4 sahaja.

Waktu operasi Isnin hingga Sabtu dari jam 7 pagi hingga 5 petang. Boleh hubungi talian berikut 082-846496.

6. Lawatan ke Buntal Bay

Buntal Bay
Esplanade Buntal

Buntal Bay

Keluarga di Buntal Bay

7. Muzium Kucing

Muzium Kucing terletak di bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching, Sarawak yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Terdapat 4000 pameran, artifak dan tugu mengenai kucing dipamerkan dari seluruh dunia.

Muzium Kucing

Muzium ini meliputi kawasan seluas 1,035 meter persegi di atas bukit yang dipanggil ‘Bukit Siol’ yang terletak 60 meter di atas paras laut dengan pemandangan bandaraya Kuching yang cantik.

Muzium Kucing
Pemandangan dari Bukit Siol

Waktu operasi adalah setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum. Boleh rujuk: Laman web rasmi

Bayaran masuk tidak dikenakan tetapi penggunaan kamera dikenakan caj tambahan iaitu RM3 bagi kamera telefon pintar, RM4 bagi kamera digital dan RM5 bagi kamera video.

8. Muzium Etnologi

Muzium ini didirikan dalam tahun 1891 dan diperbesarkan seperti bentuk yang sedia ada dalam tahun 1911. Pada asalnya bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace, yang menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen di negeri Sarawak pada masa tersebut.

Muzium Etnologi

Sejak ianya dibina, bangunan ini telah beberapa kali diubahsuai serta diperbaiki. Rekabentuknya yang membujur 44 x 160 kaki. Ia dibina mengikut senibina Eropah dengan edifiknya mengikut stail Ratu Anne (zaman Victoria). Galeri-galeri yang terdapat didalamnya diterangi melalui tingkap yang berbentuk kubah pada bumbung bangunan untuk memberi ruang dinding yang luas.

Semasa zaman pemerintahan Jepun, muzium ini telah diletak di bawah jagaan seorang pegawai Jepun yang simpati terhadap muzium ini. Disebabkan itu, tidak banyak kerosakan atau kecurian berlaku. Pada masa ini, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi, bangunan ini telah dijadikan pusat pameran koleksi sejarah alam semulajadi di Sarawak.

Muzium Etnologi

Muzium Etnologi

Pada tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi alam semulajadi dan spesimen fauna Sarawak seperti reptilia, mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan. Tingkat atas bangunan ini mempamerkan bahan-bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang, pelbagai jenis perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan lain-lain.

Muzium Etnologi

Waktu operasi Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 4:45 petang manakala pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dari 10 pagi hingga 4 petang.

Terdapat dua lagi muzium berhampiran iaitu Muzium Seni dan Muzium Alam Semulajadi.

Panorama Muzium Alam Semulajadi

Bayaran masuk tidak dikenakan.

9. Masjid Jamek Kuching

Masjid Kuching

10. Makan Malam di Annuar BBQ Steamboat

Baca: Annuar BBQ Steamboat Menawarkan Buffet Pada Harga Berpatutan

Hari Ketiga

11. Berkelah di Pantai Damai

Pantai Damai
Pantai Damai adalah salah satu tarikan di Santubong
Pantai Damai
Damai Beach Resort

12. Trek Gunung Santubong

Perjalanan seterusnya ialah Trek Gunung Santubong. Sebenarnya rancangan ini berlaku secara spontan kerana kebetulan kami melalui jalan yang sama untuk ke Pantai Damai.

“Kemeriahan percutian keluarga ini membuatkan kami lupa seketika bebanan kerja dan kesibukan belajar.”
Adi Azudin

Trek Gunung Santubong

Baca: Trek Gunung Santubong

13. Cendol Mami

Untuk maklumat Lanjut boleh hubungi 012-896 0530 dan ikuti Facebook Cendol Mami.

Lokasi kedai di No. 19, Batu 2 1/2, Jalang Matang, Kuching. Ia dibuka setiap hari dari 11:30 pagi hingga 6:30 petang.

14. Medan Niaga Satok

Singgah di Medan Niaga Satok bagi membeli makanan segar untuk persediaan perkelahan keesokannya di Tasik Biru.

Medan Niaga Satok

Hari Keempat

15. Beli-belah di Pasar Serikin

Pekan Bau adalah kawasan perlombongan emas yang terletak 47km dari bandaraya Kuching. Serikin pula 22km dari Pekan Bau yang berada di sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

Pasar Serikin
Pasar Serikin di Bau bersempadan dengan Indonesia

Pasar Serikin

Waktu operasi ialah pada hari Sabtu dan Ahad sahaja bermula dari 8 pagi hingga 2 petang.

16. Berkelah di Tasik Biru

“Bagi percutian keluarga, kualiti masa bersama adalah agenda utama, bukan banyak mengembara tetapi banyak masa bersama.”
Adi Azudin

Tasik Biru

17. Rumah Panjang Annah Rais

Jika anda melawat Perkampungan Budaya Sarawak di Santubong, anda hanya melihat replika pelbagai jenis rumah panjang beberapa etnik di Sarawak. Tetapi di Annah Rais bukan lagi sebuah replika, ia adalah rumah panjang sebenar yang diduduki oleh etnik Bidayuh.

Rumah Panjang Annah Rais
Rumah Panjang Kpg. Annah Rais

Rumah Panjang Annah Rais

18. Beli-belah Kek Lapis

Pengeluar kek lapis popular dan terbaik di Sarawak ialah Mira Cake House dan Dayang Salhah.

Hari Kelima

19. Sarapan Pagi

Percutian 5 hari 4 malam terasa sungguh cepat berlalu apabila masing-masing berasa gembira dan tidak puas meluangkan masa bersama. Sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kami bersarapan pagi terlebih dahulu. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 10:30 pagi.

20. Pulang ke Kuala Lumpur

Selamat tinggal Kuching, semoga bertemu lagi!

Air Asia Kuching

Bajet

Bajet individu untuk percutian ini ialah sebanyak RM557.

Info Pelancongan

Tempat-tempat Menarik

Selain daripada tempat-tempat yang kami telah lawati, terdapat lagi beberapa tempat tumpuan pelancong di sekitar Kuching dan yang berhampiran, iaitu:

  • Taman Negara Bako
  • Taman Negara Kubah
  • Taman Negara Gunung Gading
  • Hutan Simpan Semenggoh
  • Hutan Simpan Matang
  • Kuching Wetlands National Park
  • Perkampungan Budaya Sarawak
  • Taman Buaya Jong
  • Kuching Civic Center
  • Muzium Tekstil Sarawak
  • Kuching Waterfront
  • Borneo Highlands Resort
  • Gua Pari Pari

Makanan Tradisi Sarawak

Tidak lengkap sekiranya mengunjungi sesuatu tempat tidak mencuba makanan tradisi tempatan.

1. Mi Kolok

Mi Kolok

2. Laksa Sarawak

Laksa Sarawak

3. Nasi Ayam Penyet

Ayam Penyet

4. Kek Lapis

Kek Lapis Sarawak
Kredit: Women Online Magazine

5. Ayam Pansuh

Juga dikenali sebagai Manok Pansuh yang dimasak di dalam buluh.

Ayam Pansuh
Kredit: Maggi

6. Umai

Umai adalah makanan tradisional Mukah.

Umai Udang
Kredit: Teravel Sokmo

7. Midin Goreng

Midin Goreng

8. Bubur Pedas

Bubur Pedas selalunya didapati di musim Ramadan.

Bubur Pedas

Baca Juga

Ukuran Kepuasan

0 mata berdasarkan 0 nilai

  • Sangat Baik
    0
  • Baik
    0
  • Sederhana
    0
  • Bosan
    0
  • Teruk
    0
Adi Azudin

adiazudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Anda Telah Melihat

Promosi Hotel

Booking.com

Tambah Komen

TINGGALKAN KOMEN

Penafian: Terdapat beberapa pautan pada halaman ini adalah pautan affiliate. Ianya tanpa sebarang kos tambahan kepada anda, kami akan mendapat peratusan kecil jika anda membuat pembelian dan kami hanya mengesyorkan produk yang kami pilih!

Travelholic

Jiwa kembara mencari pengalaman

Galeri Instagram

Hubungi

Berikan kami tempoh 24 jam untuk membalas pertanyaan!

Sebarang pertanyaan berkaitan travel boleh hubungi kami pada bila-bila masa.