Berita Travel
Berita Travel

Kesan Covid-19 kepada pelancongan

Kongsikan
Industri pelancongan amat bergantung kepada pergerakan manusia untuk berfungsi. Apabila sekatan pergerakan di seluruh negara dan kebanyakan syarikat penerbangan menghentikan operasi, tiada siapa yang bergerak sekarang.

Semasa menonton Perutusan Khas Perdana Menteri yang mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi dua minggu iaitu sehingga 28 April 2020 saya terfikir tentang industri pelancongan.

Saya menjangkakan industri pelancongan memerlukan masa bertahun-tahun untuk pulih. Orang ramai akan perlahan-lahan memulakan aktiviti melancong tetapi tidak begitu drastik.

Kebanyakan negara mengamalkan sekatan pergerakan (lockdown) ketika ini dan apabila sekatan ini berakhir pada penghujung Mei atau awal Jun nanti, orang ramai akan mula membuat tempahan perjalanan. Tetapi apa yang saya fikirkan sekarang kebanyakan pelancong akan melihat kepada tawaran pelancongan domestik dahulu sebelum melakukan perjalanan antarabangsa.

Pertama, pelancongan domestik adalah lebih murah dan mudah jika berlaku kecemasan. Pandemik ini telah menyebabkan kemelesetan ekonomi dan ramai yang kehilangan pekerjaan. Oleh itu, melancong dengan perbelanjaan yang besar lebih-lebih lagi perjalanan antarabangsa tidak akan menjadi agenda utama.

Selagi belum menemui vaksin untuk merawat Covid-19, kita semua perlu berwaspada.

Kedua, orang ramai akan sentiasa berwaspada terhadap risiko wabak yang berpotensi untuk mendapat jangkitan jika tidak mengamalkan kebersihan diri dan penjarakan sosial. Kita semua masih memandang berat isu ini sehinggalah berjaya menghasilkan vaksin bagi menghapuskan Covid-19.

Covid-19 Featured

Batalkan melancong untuk menghindari Covid-19

Penyakit berjangkit disebabkan oleh Covid-19 yang melanda dunia ketika ini adalah amat serius sehingga menjejaskan ekonomi di dalam pelbagai sektor termasuklah pelancongan.

Kami amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Sertai Berita Travel untuk capaian pantas di Telegram.

Adi Azudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Cerita lain untuk dibaca

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!