Percutian Semporna ini kami telah membuat keputusan untuk bercuti selama 5 hari 4 malam bermula dari 6 Mei hingga 10 Mei 2017 dan menginap di resort atas air sambil meneroka keindahan pulau-pulau yang terdapat di sini.
- Hari Pertama
- 1. Ahli Percutian
- 2. Penerbangan
- 3. Menuju ke Pekan Semporna
- 4. Menginap di Aloha Capsule Hostel untuk Malam Pertama
- 5. Makan malam di Restoran Anjung Samudera
- Hari Kedua
- 6. Menuju ke Lato Lato Resort
- 7. Mendaki ke puncak Pulau Bohey Dulang
- 8. Perkampungan Bajau Laut di Pulau Bodgaya
- 9. Pulau Sibuan
- 10. Malam pertama di Lato Lato Resort
- Hari Ketiga
- 11. Meredah Ombak ke Pulau Kapalai
- 12. Perkampungan di Pulau Mabul
- 13. Aktiviti Petang di Lato Lato Resort
- Hari Keempat
- Hari Kelima
- Kos Percutian
- Tip Percutian
Hari Pertama
1. Ahli Percutian
Rancangan bercuti ini sebenarnya sudah lama dibincangkan dan ahli yang terlibat semasa perbincangan semuanya 9 orang, akhir sekali yang dapat pergi hanya 5 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.
2. Penerbangan
Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Tawau dijadualkan pada pukul 7:25 pagi. Oleh kerana, kami perlu tiba awal sejam di airport maka pukul 4 pagi berkumpul di Putrajaya – rumah di Putrajaya – dan sama-sama menuju ke KLIA. Tiba di KLIA pukul 5:10 pagi dan terus melakukan urusan bagasi sehingga tiba masa boarding pukul 6:40 pagi.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau adalah sejauh 1,800 km dan mengambil masa selama 2 jam 45 minit. Tiba di airport Tawau pukul 10:20 pagi.
3. Menuju ke Pekan Semporna
Perkara pertama yang hendak dilakukan apabila keluar sahaja dari airport Tawau ialah menuju ke Pekan Semporna kira-kira sejam perjalanan. Pekan Semporna adalah lokasi paling hampir dengan pulau-pulau yang kami hendak pergi selepas ini.

Semporna, Sabah
6 Mei 2017, 11:30 AM

Semporna, Sabah
6 Mei 2017, 4:56 PM

Semporna, Sabah
6 Mei 2017, 4:22 PM
Van yang kami naiki telah diuruskan oleh Lato Lato Resort untuk ambil dan hantar kami ke airport semasa pergi dan juga balik.
4. Menginap di Aloha Capsule Hostel untuk Malam Pertama
Untuk malam pertama kami terpaksa menginap di mana-mana hotel yang ada di Pekan Semporna kerana jika hendak ke pulau bot mengambil penumpang pukul 9 pagi semasa itu kami masih lagi dalam penerbangan.
Penginapan malam pertama telahpun ditempah melalui Booking.com, kami memilih Aloha Capsule Hostel.

Semporna, Sabah
6 Mei 2017, 12:00 PM

Aloha Capsule Hostel, Semporna
6 Mei 2017, 12:36 PM

7 Mei 2017, 8:42 AM

7 Mei 2017, 8:43 AM

7 Mei 2017, 8:50 AM
5. Makan malam di Restoran Anjung Samudera
Apabila bercuti seperti ini di Sabah apa lagi yang ditunggu-tunggu makanan laut segar di depan mata, pilih sahaja mengikut kehendak hati, janji ada bajet.

6 Mei 2017, 6:17 PM

Restoran Anjung Samudera, Semporna
Paling best dan rasanya berbaloi ialah bajet yang kami simpan untuk makanan di bawah anggaran kami, kiranya duit yang kami bawa untuk belanja makan berlebihan.
Selesai aktiviti hari pertama, kembali ke hotel untuk bersedia hari kedua.
Hari Kedua
6. Menuju ke Lato Lato Resort
Pukul 8 pagi kami bersedia untuk check-out hotel kerana pukul 9 pagi bot yang akan membawa kami ke Lato Lato Resort sedia untuk berlepas dari Jeti Umum Semporna.

Jeti Umum Semporna, Semporna
7 Mei 2017, 9:06 AM
Tiba di Lato Lato Resort pukul 9:55 pagi yang mengambil masa 50 minit dari Pekan Semporna.

Lato Lato Resort, Semporna
7 Mei 2017, 9:55 AM
Ambil masa untuk check-in sebentar dan selepas itu kami terus bergerak ke Pulau Bohey Dulang.
7. Mendaki ke puncak Pulau Bohey Dulang
Akhirnya dapat juga melihat Pulau Bohey Dulang yang disebut-sebut oleh ramai pengunjung tentang keindahannya. Kami tiba di pulau ini pukul 10:42 pagi, iaitu kira-kira 40 minit dari Lato Lato Resort.

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 10:42 AM

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 10:47 AM

7 Mei 2017, 10:57 AM
Mula pendakian pukul 11:05 pagi dan tiba di puncak pada 11:45 pagi, iaitu mengambil masa 40 minit.

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 11:04 AM

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 11:21 AM
Keadaan trek untuk ke puncak kami boleh cakap ia cukup memberi cabaran kerana laluannya yang curam, tenaga dan keringat kami benar-benar digunakan semasa pendakian ini.

7 Mei 2017, 11:11 AM

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 11:33 AM

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 11:39 AM

7 Mei 2017, 11:37 AM

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 11:46 AM

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 11:54 AM
Apabila tiba di puncak, kepenatan yang dirasai terus menghilang ketika melihat betapa indahnya pemandangan, penat tetapi sangat berbaloi.

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 12:15 PM
Kami luangkan masa 45 minit untuk menikmati pemandangan sambil bergambar. Walaupun ketika itu panas terik, kami tidak hiraukan lagi kerana asyik berada di atas sehingga kami tidak sedar ahli kumpulan lain telah turun, hanya kumpulan kami sahaja ketika itu.

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 12:26 PM

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 12:12 PM

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 12:21 PM

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 12:19 PM

7 Mei 2017, 12:29 PM

7 Mei 2017, 12:32 PM
Turun dari puncak pukul 12:35 tengah hari, hanya 25 minit untuk tiba di bawah.

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 12:37 PM

7 Mei 2017, 12:41 PM

Pulau Bohey Dulang, Semporna
7 Mei 2017, 1:04 PM
8. Perkampungan Bajau Laut di Pulau Bodgaya
Destinasi kedua ialah ke Perkampungan Bajau Laut di Pulau Bodgaya dan kami melintasi pulau ini dalam perjalanan untuk ke Pulau Sibuan. Tidak sangka kanak-kanak Bajau Laut terus menerpa ke bot yang kami naiki, pengalaman juga bagi kami melihat kehidupan mereka yang jauh dari dunia luar. Permainan mereka hanya dengan alam semulajadi tanpa gangguan gajet dan internet.

Pulau Bodgaya, Semporna
7 Mei 2017, 1:28 PM

Pulau Bodgaya, Semporna
7 Mei 2017, 1:38 PM

Pulau Bodgaya, Semporna
7 Mei 2017, 1:33 PM

Pulau Bodgaya, Semporna
7 Mei 2017, 1:31 PM
9. Pulau Sibuan
Semasa tiba di Pulau Sibuan pada pukul 1:55 petang, keadaannya sangat sesak dengan pelancong. Pada asalnya kami merancang untuk bergambar di kawasan beting pasir yang dikelilingi air laut yang cetek kerana disitu pemandangannya sangat menarik, tetapi apakan daya ramai orang yang berkumpul disitu.

7 Mei 2017, 1:56 PM

7 Mei 2017, 2:10 PM

Pulau Sibuan, Semporna
7 Mei 2017, 1:59 PM
Sebelum itu, kami diberi peringatan bahawa pada 3:30 petang semua pelancong dikehendaki pulang kerana askar akan membuat kawalan di kawasan perairan.
Kami hanya ada masa 1 jam 15 minit untuk snorkeling dan kembali ke Lato Lato Resort pada pukul 3:15 petang. Aktiviti selepas itu semuanya di hotel penginapan sehingga ke malam.
10. Malam pertama di Lato Lato Resort

Lato Lato Resort, Semporna
7 Mei 2017, 5:45 PM

7 Mei 2017, 6:25 PM
Ketika malam pertama waktu lebih kurang 11:30 malam, apabila keluar daripada bilik kami lihat air laut cetek. Kami bertiga ketika itu jalan menuju ke cafe untuk bancuh air panas sambil lepak di luar, kami turun sebentar ke laut.
Hari Ketiga
Apabila bermalam di Sabah, kami perlu ingat bahawa waktu siang di sini awal 1 jam berbanding Semenanjung Malaysia. Oleh itu, jika mahu rekod time-lapse matahari terbit perlu bersedia awal dalam lingkungan waktu 4:40 pagi.
[instagram url=https://www.instagram.com/p/BUg8p2TBIze]Hujan turun dengan lebat dari pukul 8 hingga hampir 10 pagi yang menyebabkan rancangan kami untuk keluar awal terpaksa ditunda.
Pelan perjalanan hari ketiga ialah Pulau Kapalai dan Pulau Mabul.
11. Meredah Ombak ke Pulau Kapalai
Perjalanan ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul adalah perjalanan yang memenatkan kerana jarak dari Lato Lato Resort hingga Pulau Kapalai lebih kurang 50km.
Cabaran utama yang kami lalui ialah menaiki bot selepas hujan yang mana pada ketika itu ombak besar, bayangkanlah bot meredah ombak besar sejauh 50km. Semua peranti bimbit dan kamera kami simpan di dalam beg kalis air untuk keselamatan, jadi tiada apa-apa gambar yang kami ambil.
Tiba di Pulau Kapalai tepat jam 12 tengahari yang mengambil masa 1 jam 30 minit.

8 Mei 2017, 12:54 PM

8 Mei 2017, 12:34 PM
Kami snorkeling di Pulau Kapalai tidak lama, hanya 45 minit sahaja berada di situ kemudian kembali menaiki bot dan menuju ke Pulau Mabul.
12. Perkampungan di Pulau Mabul
Tiba di Pulau Mabul 20 minit kemudian, kami menjamu selera dan meneroka apa yang ada di perkampungan pulau berkenaan.

Pulau Mabul, Semporna
8 Mei 2017, 2:32 PM

8 Mei 2017, 2:06 PM

8 Mei 2017, 2:05 PM

Pulau Mabul, Semporna
8 Mei 2017, 2:04 PM

Pulau Mabul, Semporna
8 Mei 2017, 2:27 PM

8 Mei 2017, 2:29 PM

8 Mei 2017, 2:28 PM
Pukul 2:45 petang kami naiki bot dan kembali semula ke Lato Lato Resort.
13. Aktiviti Petang di Lato Lato Resort
Apabila tiba di resort barulah kami rasa tenteram dan sambung melakukan aktiviti-aktiviti di resort dengan berkayak dan snorkeling.
[instagram url=https://www.instagram.com/p/BT2Z9rhFmjZ]
Lato Lato Resort, Semporna
8 Mei 2017, 4:40 PM
Hari Keempat
Hari ini adalah hari keempat percutian. Destinasi pulau seterusnya yang akan kami pergi tidak jauh iaitu Pulau Mataking dan Pulau Timba Timba.
Sebelum gerak menuju ke pulau-pulau berkenaan, kami manfaatkan masa yang ada untuk rakam video dan foto snorkeling di resort. Apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti pasti peluang seperti ini akan dirindui selalu, bukan mudah mahu datang ke sini untuk mandi laut sepanjang masa.
14. Pulau Mataking
Bot yang dinantikan tiba pada pukul 10:40 pagi dan kami terus ke Pulau Mataking.

Sewaktu tiba di Pulau Mataking pada 11:15 pagi keadaan agak mendung dan hujan renyai-renyai yang membuatkan kami tidak banyak bergambar, lebih banyak menikmati pemandangan batu karang serta ikan-ikan. Masa yang diluangkan di sini ialah 1 jam 15 minit kemudian gerak ke lokasi lain untuk makan tengahari. Bekalan makanan tengahari seperti biasa telah disediakan nasi bersama lauk-pauk oleh Lato Lato Resort untuk setiap orang.
Bot yang kami naiki singgah sebentar di Pulau Pandanan iaitu kawasan kem askar yang tertutup dengan pagar dan kami hanya berada di tepi pantai sahaja.
15. Pulau Timba Timba
Apabila selesai sahaja makan tengahari kami terus menuju ke Pulau Timba Timba. Pandang pertama kami terhadap pulau ini membuatkan kami rasa tidak mahu pulang kerana ianya sungguh cantik. Jangan lupa untuk bergambar kerana pasir pantainya yang putih dan air lautnya yang jernih semuanya kelihatan sempurna di lensa kamera.
[instagram url=https://www.instagram.com/p/BT3_Ex-lxRT]
Pulau Timba Timba, Semporna
9 Mei 2017, 1:47 PM
Satu jam masa kami bergambar tidak sedar begitu pantas, tidak sempat pun untuk mandi lagipun kami leka posing di hadapan kamera.

9 Mei 2017, 1:38 PM
Pukul 2:20 petang baru kami gerak kembali ke resort.

Semporna, Sabah
9 Mei 2017, 2:16 PM
Sampai di resort pukul 3 petang, rehat sebentar di kantin untuk minum petang, ada antara kami sambung mandi laut di resort, mandi sampai puas.
Hari Kelima
16. Pagi Terakhir di Lato Lato Resort
Masa berjalan dengan cukup pantas, akhirnya percutian ini yang mengambil masa selama 5 hari 4 malam tiba di penghujungnya.
Pada hari terakhir ini kami manfaatkan masa yang masih berbaki untuk menikmati penginapan dan keindahan yang ada di sini. Seperti biasa saya akan bangun seawal 4:30 pagi menunggu waktu fajar dan membuat rakaman matahari terbit – terasa rugi jika habiskan masa dengan tidur.

Lato Lato Resort, Semporna
10 Mei 2017, 8:50 AM
Sepanjang waktu pagi kami semuanya santai sahaja di resort, keadaan tidak mengizinkan untuk turun snorkeling kerana laut masih bergelora sejak malam tadi. Selepas sarapan pagi kami hanya berborak dan bergambar menunggu bot sehingga pukul 10:30 pagi untuk membawa kami pulang ke Pekan Semporna dan seterusnya menaiki van menuju ke Lapangan Terbang Tawau.

Lato Lato Resort, Semporna
10 Mei 2017, 9:26 AM
17. Pulang ke Kuala Lumpur
Penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur menaiki pesawat Malaysia Airlines yang berlepas pada pukul 2:10 petang.
Kos Percutian
Kos keseluruhan percutian ini bagi individu ialah RM1,372.70. Perincian kos seperti berikut:
- Tiket penerbangan Malaysia Airlines untuk dua hala antara Kuala Lumpur dan Tawau RM312.70.
- Kos penginapan malam pertama di Aloha Capsule Hostel ialah RM60.
- Bajet makan malam seorang RM50.
- Pakej lengkap Lato Lato Resort untuk penginapan 4 hari 3 malam, termasuk ambil dan hantar ke Lapangan Terbang Tawau, makan minum dan Island Hopping berjumlah RM850.
- Duit poket RM100 untuk tujuan lain.
Tiket penerbangan Malaysia Airlines dibeli awal 4 bulan sebelum tarikh percutian.
Tip Percutian
Persediaan awal untuk percutian sangatlah penting supaya semua perkara yang dirancang berjaya dilakukan dengan baik. Sedikit tip disediakan di bawah mungkin boleh dijadikan panduan anda dalam merancang percutian dengan baik.
- Buat kajian tempat-tempat yang bakal anda lawati, kumpulkan segala info yang anda dapat.
- Semak Google Maps adalah perkara penting, jika ada Street View sila semak untuk panduan perjalanan.
- Bagi percutian ke pulau pastikan anda bawa pakaian mandi yang sesuai, lebih baik baju lengan panjang untuk elakkan sunburn.
- Jika anda mementingkan kualiti gambar terbaik, boleh bawa 3 jenis kamera iaitu D-SLR, GoPro untuk dalam air dan drone untuk aerial photography.