Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-60

Iguazu Falls Antara Air Terjun Yang Megah Untuk Dilawati
Argentina Brazil Percutian

Iguazu Falls Antara Air Terjun Yang Megah Untuk Dilawati

Informasi

Iguazu Falls setinggi 82 meter dan lebar mencapai 2.7km ini lokasinya di sempadan dua negara iaitu Argentina dan Brazil.

Email: zainuddin.omar@travelholic.my

Social:

Baca Info

Air terjun Iguazu Falls terletak di sempadan negara Argentina dan Brazil yang merupakan di antara destinasi air terjun yang megah untuk dilawati.

Kenapa ia mesti di dalam bucket list anda?

Ramai yang mengenali Niagara Falls di perbatasan Amerika Syarikat – Kanada tetapi bila disebut Iguazu Falls di sempadan negara Argentina – Brazil, jarang yang pernah mendengarnya.

Pemandangan Iguazu Falls
Pemandangan air terjun yang indah dengan ketinggian mencapai 82 meter
Foto oleh @flissteeee di Instagram

Lebih sejuta pelawat melawat Iguazu Falls setiap tahun dan anda akan menjadi hairan dan kebingungan melihat sebanyak 275 air terjun menerjahkan 1,500 meter padu air sesaat ke bumi setinggi 82 meter – Niagara Falls hanya 50 meter.

Iguazu Falls adalah tiga kali lebih besar dari Niagara Falls dan lebih besar dari Victoria Falls. Apabila melihat Iguazu Falls pertama kalinya, US First Lady Eleanor Roosevelt berkata ‘Poor Niagara’.

Di bahagian Brazil dinamakan Iguacu Falls berdekatan pekan Foz do Iguacu dan di Argentina dinamakan Iguazu Falls, 12km dari pekan Puerto Iguazu. Kedua-duanya adalah Unesco World Heritage Site.

Promosi Untuk Anda

Iguacu Falls Brazil
Pemandangan Iguacu Falls di bahagian Brazil
Foto oleh @ann.wynn di Instagram

Perjalanan ke Iguazu Falls

Saya terbang dari Rio de Janeiro menaiki pesawat Gol Airlines ke Airport IGU Foz do Iguacu selama 2 jam dengan harga tiket RM400 untuk satu perjalanan. Anda perlu bermalam di kedua-dua bandar perbatasan di Brazil dan Argentina untuk menyaksikan pemandangan Iguazu Falls yang berbeza.

Seperti biasa perjalanan melintasi perbatasan dua negara agak remeh dan anda boleh menaiki bas atau menyewa teksi untuk melepasi sempadan dan kawalan imigresen.

Semasa di Iguazu Falls Argentina, anda perlu berjalan 7km kerana ada 3 trails dimana trail pertama berakhir di Devil’s throat. Di trail ketiga anda boleh menaiki speed boat untuk merasai percikan dan limpahan air dibawah air terjun.

Trip bot laju di Iguazu Falls
Trip menaiki bot laju di Iguazu Falls, anda kena bersedia untuk basah
Iguazu Falls, Argentina

Manakala di Iguacu Falls Brazil, perjalanan hanya 1.5km dengan satu trail ke Devil’s throat. Treknya agak mudah dan ada lift keatas berbanding dengan Iguazu Falls Argentina. Kedua dua Falls mempunyai pemandangan yang amat berbeza dan anda wajib pergi di kedua-dua tempat itu.

Kenangan di Iguazu Falls
Kenangan terindah dapat menjejakkan kaki di Iguazu Falls
Iguazu Falls, Argentina

Kenangan di Iguazu Falls

Kenangan di Iguazu Falls

Tips penting ketika melawat tempat ini

  1. Jangan lupa bawa poncho kerana anda akan basah dari mist waterfall.
  2. Pastikan menggunakan kamera aksi kalis air.
  3. Kasut treking yang baik sangat diperlukan ketika berada di sini kerana trek yang licin.
  4. Bayaran masuk adalah RM100.
  5. Drones tidak dibenarkan.
  6. Hotel di Foz do Iguacu Brazil adalah lebih murah dan moden dari hotel di Puerto Iguazu Argentina.
  7. Hanya ada restoran halal dan masjid di Foz do Iguacu Brazil sahaja.
  8. Kedua-dua bandar adalah selamat di waktu malam berbanding Rio downtown.
  9. Trip bot laju di bawah terjahan air terjun sangat menakjubkan.
  10. Lawat Iguazu Falls pada awal pagi kerana foto akan lebih cantik dan kurangnya pelawat yang berebut-rebut mencari tempat untuk bergambar.
  11. Jangan lupa lawati Itaipu Dam di Brazil kerana ianya yang terbesar di dunia.
  12. Binatang Coati (famili racoon) banyak di Iguazu Falls dan ia nampak jinak tetapi sangat merbahaya kerana kukunya yang tajam. Ia akan datang rapat dengan anda kerana mencari makanan.
Coati
Inilah binatang Coati yang nampak jinak dan berkeliaran di Iguazu Falls
Iguazu Falls, Argentina

Saya rangka perjalanan trip ke Iguazu Falls ini di dalam jadual perjalanan kembara Amerika Latin melalui Brazil, Argentina, Paraguay, Uruguay, Chile, Peru (Machu Picchu), Bolivia, Ecuador dan Venezuela.

Ukuran Kepuasan

4.7 mata berdasarkan 3 nilai

  • Sangat Baik
    2
  • Baik
    1
  • Sederhana
    0
  • Bosan
    0
  • Teruk
    0
Profil - Zainuddin Omar

zainuddin

Seorang 'full time traveller, part time worker and professional dreamer' yang telah mengembara selama 40 tahun sejak pertengahan era 70-an lagi.

Anda Telah Melihat

Promosi Hotel

Booking.com

Tambah Komen

TINGGALKAN KOMEN

Penafian: Terdapat beberapa pautan pada halaman ini adalah pautan affiliate. Ianya tanpa sebarang kos tambahan kepada anda, kami akan mendapat peratusan kecil jika anda membuat pembelian dan kami hanya mengesyorkan produk yang kami pilih!

Travelholic

Jiwa kembara mencari pengalaman

Galeri Instagram

Hubungi

Berikan kami tempoh 24 jam untuk membalas pertanyaan!

Sebarang pertanyaan berkaitan travel boleh hubungi kami pada bila-bila masa.