Sertai Komuniti Travelholic untuk interaksi bersama kami

Eksplorasi Kota Kinabalu Hingga Ranau Dalam 4 Hari
Sabah Percutian

Eksplorasi Kota Kinabalu Hingga Ranau Dalam 4 Hari

Informasi

Tentang Kota Kinabalu

Baca Info

Sabah memiliki kekayaan khazanah alam baik di darat dengan gunung tertinggi di negara ini iaitu Gunung Kinabalu serta hutan belantara mahupun marin dengan kepulauan yang cukup indah mampu menarik industri pelancongan di dalam negara.

Eksplorasi ini dilakukan seramai 3 orang dan kami sedaya upaya padatkan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat bagi memanfaatkan masa yang ada hingga maksimum.

Hari Pertama

1. Penerbangan

Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu memakan masa selama 2 jam 30 minit.

Harga tiket AirAsia RM159 seorang untuk dua hala tambah kos bagasi RM53 untuk pergi balik.

2. Penginapan

Penginapan di Tune Hotel 1Borneo untuk 3 malam.

Tempah: Tune Hotel 1Borneo

Bilik penginapan Tune Hotel 1Borneo

Kos penginapan ialah RM226.41 untuk bilik jenis Comfort Double Room.

3. Kereta Sewa

Kereta sewa yang digunakan ketika di Kota Kinabalu ialah Perodua MyVi, diuruskan oleh An-Naqlu Kota Kinabalu Car Rental. Hubungi En. Mohd Radzi Amaran 017-358 5700 untuk maklumat lanjut.

Perodua MyVi 1.3 Auto
Perodua MyVi 1.3 (Auto)

Jumlah perjalanan yang telah dilalui 554km sepanjang di Kota Kinabalu. Ia bermula dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu Terminal 2 (KKIA T2) hingga ke Ranau, kemudian dari Ranau kembali ke Bandaraya Kota Kinabalu dan pada hari terakhir ke Tamparuli, Tuaran & Putatan dan kembali semula ke KKIA T2 untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Kos sewa Perodua MyVi 1.3 (Auto) ialah RM330 dan kos petrol bagi keseluruhan perjalanan RM100.

4. Gerai Kak Tini

Setelah check-in hotel dan mandi. Pukul 4 petang kami keluar untuk ronda-ronda melihat Bandaraya Kota Kinabalu, sebelum itu adalah lebih baik untuk isi perut terlebih dahulu memandangkan kami hanya bersarapan pada pagi tadi di KLIA2. Tempat pertama yang hendak dituju ialah gerai Lokan Bakar dan Puding Kelapa, memang sudah dirancang untuk datang kesini. Jom kita lihat suasana dan makanan yang kami nikmati.

Gerai Kak Tini
Gerai Kak Tini di Jalan Salut

Jalan Salut

Kami tiba di gerai ini jam 5:20 petang, sudah menjelang waktu senja. Lokasi gerai terletak di Jalan Salut. Terdapat banyak deretan gerai disini, pilih sahaja mengikut kehendak hati.

Harga Lokan Bakar ialah RM10 untuk 18 biji, Puding Kelapa RM5 sebiji dan Kelapa Bakar RM4 sebiji.

5. Tanjung Aru

Anjung Perdana

Berdasarkan perancangan awal kami mahu lihat pantai Tanjung Aru, oleh kerana kami tiba disini sudahpun malam, maka kami sengaja lepak sebentar di Anjung Perdana melihat apa yang ada. Tidak rancang untuk makan di sini kerana sudahpun rancang untuk menjamu selera di Anjung Senja.

Medan selera Anjung Perdana
Medan selera Anjung Perdana
Pesan air jus buah bagi menghilangkan dahaga kami di sini, kos RM9 untuk 3 orang.

6. Perdana Park

Air pancuran Perdana Park

7. Makan malam di Anjung Senja

Setelah puas pusing-pusing sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, apa yang kami nampak tempat makan di sini ada pelbagai pilihan maknanya tiada masalah untuk cari tempat yang sesuai dengan selera anda.

Panorama Anjung Senja

Kos keseluruhan makan malam untuk 3 orang berjumlah RM85.

Hari Kedua

8. Aktiviti Pulau

Untuk menuju ke pulau anda hendaklah ke Jesselton Point.

Jesselton Point

Jesselton Point adalah terminal feri utama yang terdapat di Kota Kinabalu bagi menghubungkan pelancong ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan terdapat juga perjalanan ke Labuan.

Suasana pagi di Jesselton Point
Suasana lengang pada waktu ini kerana kami tiba awal pukul 6:50 pagi

Beli Tiket

Kaunter tiket Jesselton Point

Kami beli tiket dengan Island Hop Express di Kaunter 10.

Taman Laut

Taman Laut Tunku Abdul Rahman terdiri daripada lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Sulug dan Pulau Mamutik. Oleh kerana jarak pulau-pulau ini yang hampir dan perjalanan bot yang singkat dari pusat bandaraya maka ia menjadi destinasi pilihan kepada pelancong harian yang hanya berkunjung untuk menikmati aktiviti-aktiviti pulau yang terdapat di taman laut ini. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa resort dan chalet untuk penginapan, jadi pelancong ada pilihan untuk menginap di pulau.

Tambang bot untuk 2 pulau ialah RM33, caj terminal RM7.63, sewa peralatan snorkeling RM20 dan parkir kereta selama 9 jam dengan bayaran RM9.

Peralatan dan Aktiviti

Sediakan bajet untuk beberapa aktiviti di bawah yang mungkin anda minati untuk laksanakan ketika percutian nanti. Aktiviti Banana Boat, Flyfish, Parasailing dan Jetski ada di semua pulau. Aktiviti Diving dan Sea Walking cuma ada di Pulau Sapi manakala Scuba Doo hanya di Pulau Manukan.

Snorkel Mask

Snorkel Mask

RM10

Fins

Fins

RM10

Life Jacket

Life Jacket

RM10

Beach Mat

Beach Mat

RM10

Banana Boat

Banana Boat

RM40

Flyfish

Flyfish

RM80

Parasailing

Parasailing

RM100

Jetski

Jetski

RM170

Zipline

Coral Flyer Zipline

RM64

Sea Walking

Sea Walking

RM250

Scuba Doo

Scuba Doo

RM250

BBQ Lunch

BBQ Lunch

RM70

Snorkel Mask

Snorkel Mask

RM10

Fins

Fins

RM10

Life Jacket

Life Jacket

RM10

Beach Mat

Beach Mat

RM10

Banana Boat

Banana Boat

RM40

Flyfish

Flyfish

RM80

Parasailing

Parasailing

RM100

Jetski

Jetski

RM170

Zipline

Coral Flyer Zipline

RM64

Sea Walking

Sea Walking

RM250

Scuba Doo

Scuba Doo

RM250

BBQ Lunch

BBQ Lunch

RM70

Tiket untuk Coral Flyer Zipline antara Pulau Gaya dan Pulau Sapi boleh dibeli di kaunter pertanyaan Pulau Sapi atau Padang Point di Pulau Gaya. Rujuk laman web Coral Flyer Zipline untuk maklumat lanjut.

Menunggu bot di Jeti Jesselton Point
Sedang menunggu bot pukul 8 pagi
Berlepas dari Jeti Jesselton Point
Berlepas dari Jeti Jesselton Point pukul 8:30 pagi

9. Pulau Sapi

Ketibaan di Pulau Sapi
Kami tiba di Pulau Sapi pukul 9 pagi
Tempat melakukan zipline antara Pulau Sapi dan Pulau Gaya
Sebelah kanan itu ialah Pulau Gaya, di sini tempat untuk aktiviti zipline

Yuran konservasi Taman Tunku Abdul Rahman

Pulau Sapi

Pulau Sapi

BBQ Lunch Pulau Sapi
BBQ Lunch

Pukul 12 tengahari beredar dari Pulau Sapi ke destinasi seterusnya Pulau Manukan.

10. Pulau Manukan

Ketibaan di Pulau Manukan
Tiba di Pulau Manukan pukul 12:15 tengahari

Bergambar di Pulau Manukan

Pulau Manukan adalah pulau yang lengkap dengan pelbagai kemudahan penginapan dan lain-lain. Jadi, jika mahu bermalam boleh pilih untuk menginap di salah sebuah chalet yang terdapat di pulau ini. Kami kongsikan kepada anda gambar-gambar di bawah.

Pulau Manukan

Kembali ke Jesselton Point
Kembali ke Jesselton Point pukul 2:30 petang

Aktiviti pulau sudahpun berakhir, pukul 3 petang hingga malam adalah masa untuk jalan-jalan dan bergambar di kawasan tumpuan pelancong sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

11. Bandaraya Kota Kinabalu

Menara Jam Atkinson

Menara Jam Atkinson

Bangunan menara jam ini telah mula dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1905. Ia dibina sebagai tanda untuk memperingati Pegawai Daerah Kota Kinabalu (dahulunya Jesselton) yang pertama, Francis George Atkinson yang meninggal dunia akibat malaria ketika berusia 28 tahun. Jam ini telah mula berfungsi pada 19 April 1905 ketika masih dalam pembinaan. Pada asalnya, menara jam ini dibina daripada kayu Mirabau dengan ketinggian 14.63 meter (48 kaki). Selepas dibina dan melalui pembaikan dan pembaharuan yang menyeluruh, bentuk permukaan asalnya telah mengalami perubahan yang besar. Pada tahun 1979, Jabatan Muzium Sabah telah mengambilalih penjagaan dan pemeliharaan menara jam ini. Tapak bangunan ini telah diwartakan sebagai Simpanan Kerajaan pada bulan Ogos 1983. Pada 26 Mac 1998, tapak ini telah diisytiharkan sebagai “Warisan Budaya” dibawah Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan) 1997. Kini menara jam ini sudahpun menjangkau usia 110 tahun.

Menara Tinjau Signal Hill

Pasar Kraftangan

Pasar Besar

Pasar Besar Kota Kinabalu

Pasar Malam

Makan Malam

Makan malam di Kota Kinabalu
Makan malam hari kedua

Hari Ketiga

Ketika bercuti jangan mensia-siakan waktu yang ada, tambah lagi jika anda masih bujang lagi mudah untuk bersiap awal. Pada hari ketiga pukul 4:30 pagi saya sudah bangun dan bersiap untuk keluar selepas Subuh. Pukul 5 pagi berada dalam kereta dan mulakan perjalanan ke Kundasang. Lagi satu perkara, keluar awal banyak kelebihannya kerana anda ada banyak masa untuk berfikir sambil melihat keadaan sekeliling tempat yang hendak dituju, bawa kereta pun lebih santai – cool beb!

Perjalanan ke Kundasang
Beginilah keadaan jalan menuju ke Kundasang

12. Pekan Nabalu

Pekan Nabalu tempat pertama kami singgah dalam perjalanan ke Kundasang. Sebenarnya saya yang memandu ketika itu tidak tahu tentang pekan ini, saya berhenti sebab nampak banyak kedai eloklah ketika itu boleh cari tempat untuk sarapan.

Pekan Nabalu

Pekan Nabalu

13. Desa Dairy Farm

Desa Dairy Farm

Baca: Kunjungan ke Desa Dairy Farm di Kaki Gunung Kinabalu

Tiket masuk Desa Dairy Farm ialah RM5.

14. Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah

Baca: Ladang Teh Sabah

15. Poring Hot Spring

Kolam Mata Air Panas Poring

Baca: Tempat Menarik di Poring

Tiket masuk Poring Hot Spring ialah RM3.

16. Makan malam di Tanjung Lipat Corner

Setelah seharian mengunjungi kawasan-kawasan menarik di Kundasang, Ranau dan Poring kami kembali ke Bandaraya Kota Kinabalu dan terus ke Tanjung Lipat Corner untuk makan malam di sini.

Panorama Tanjung Lipat Corner

Menu makan malam di Tanjung Lipat Corner

Menu makan malam di Tanjung Lipat Corner

Hari Keempat

17. Rumah Terbalik

Rumah Terbalik Tamparuli

Tiket masuk Rumah Terbalik ialah RM10.60.

18. Lok Kawi Wildlife Park

Lok Kawi Wildlife Park

Tiket masuk Lok Kawi Wildlife Park ialah RM10.

19. Pulang ke Kuala Lumpur

Selamat tinggal Kota Kinabalu, semoga bertemu lagi!

Bajet

Kos keseluruhan percutian ini bagi individu ialah sebanyak RM924.10. Perincian kos seperti berikut:

  • Tambang ERL Transit dari Bandar Tasik Selatan ke KLIA 2 RM26.50 pada masa tersebut, mungkin harga sudah berubah ketika anda membaca artikel ini. Sila rujuk jadual terkini di laman web ini.
  • Tiket penerbangan AirAsia untuk dua hala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu RM159.
  • Caj bagasi 15kg untuk penerbangan dua hala RM53.
  • Kereta sewa Perodua MyVi 1.3 Auto RM110 seorang.
  • Kos petrol sebanyak RM34 seorang.
  • Kos penginapan di Tune Hotel 1Borneo RM227.
  • Bajet makan dan minum selama 4 hari RM120.
  • Kos island hopping ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan RM66.
  • Tiket masuk Desa Dairy Farm RM5.
  • Tiket masuk Poring Hot Spring RM3.
  • Tiket masuk Rumah Terbalik RM10.60.
  • Tiket masuk Lok Kawi Wildlife Park RM10.
  • Bajet tambahan RM100 untuk tujuan lain.

Harga tiket penerbangan AirAsia adalah berubah-ubah dari semasa ke semasa, anda hendaklah membuat semakan di laman web rasmi. Apa yang telah disebut di dalam artikel ini adalah kos pada masa tersebut dan ia hanya boleh dijadikan anggaran.

Pengalaman Pahit

Pengalaman pahit? Takdelah pahit mana, pahit sikit je. Pengalamannya ialah kad bank – CIMB Bank – kena telan di ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Tuaran. Apa yang patut dilakukan jika perkara seperti ini terjadi?

Apabila terjadi situasi seperti ini, adalah sangat penting mempunyai akaun di pelbagai bank-bank lain supaya boleh lakukan pemindahan wang secara online dan pastikan kad bank yang lain ada bersama di dalam dompet.

Baca Juga

Ukuran Kepuasan

3.3 mata berdasarkan 3 nilai

  • Sangat Baik
    1
  • Baik
    1
  • Sederhana
    0
  • Bosan
    0
  • Teruk
    1
Adi Azudin

adiazudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Anda Telah Melihat

Promosi Hotel

Booking.com

Tambah Komen

TINGGALKAN KOMEN

Penafian: Terdapat beberapa pautan pada halaman ini adalah pautan affiliate. Ianya tanpa sebarang kos tambahan kepada anda, kami akan mendapat peratusan kecil jika anda membuat pembelian dan kami hanya mengesyorkan produk yang kami pilih!

Travelholic

Jiwa kembara mencari pengalaman

Galeri Instagram

Hubungi

Berikan kami tempoh 24 jam untuk membalas pertanyaan!

Sebarang pertanyaan berkaitan travel boleh hubungi kami pada bila-bila masa.