Dokumen Pengenalan Asli Sahaja Diterima Malaysia Airports

Share
Malaysia Airports mengetatkan kawalan keselamatan dengan menetapkan peraturan hanya dokumen pengenalan diri yang asli diterima ketika pemeriksaan di pintu masuk sebelum menaiki pesawat.

Malaysia Airports Holdings Berhad badan yang bertanggungjawab menguruskan lapangan terbang Malaysia menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap dokumen pengenalan pendua seperti salinan laporan polis dan sebagainya dikemukakan untuk masuk bagi menaiki pesawat.

Peraturan ini diperketatkan demi menjaga keselamatan di pintu keluar paling sibuk negara.

Malaysia Airports

Sila beri perhatian terutama keluarga yang membawa anak-anak untuk melancong pastikan MyKid asli ada bersama ketika pemeriksaan di pintu masuk supaya tidak lagi terjadi seperti kes baru-baru ini kanak-kanak 12 tahun dari Kuching tersadai 9 jam di KLIA2 kerana polis bantuan tidak membenarkan masuk menaiki pesawat.

Protokol keselamatan yang ketat ini juga sejajar dengan Program Keselamatan Penerbangan Awam Kebangsaan (NCASP) di mana hanya dokumen pengenalan asli sahaja diterima untuk menaiki pesawat.

Baca juga: Malaysia Airports Safeguards National Security According to Set Regulations

Kami amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti kami di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Cerita lain untuk dibaca

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!