Caj Perkhidmatan Penumpang KLIA2 Diselaraskan Bermula 2018

Kongsikan
Caj Perkhidmatan Penumpang (Airport Tax) di KLIA2 akan diselaraskan bermula tahun depan untuk laluan penerbangan Antarabangsa selain Asia Tenggara.

Tujuan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berbuat demikian ialah kerana mahu caj sama-rata dikenakan bagi setiap lapangan terbang yang ada, jadi tidak timbul isu kerana pada masa sekarang hanya di KLIA2 yang mengenakan caj RM50 sebaliknya di KLIA dan yang lain-lain mengenakan caj sebanyak RM73.

Jadi dengan kenaikan RM23 terhadap Caj Perkhidmatan Penumpang di KLIA2 ini janganlah menimbulkan suatu isu besar kerana ia mahu sama-ratakan kadar caj sahaja.

Bagi penerbangan ke seluruh negara-negara ASEAN pula kadarnya semua sama iaitu RM35 di semua lapangan terbang yang ada dalam negara, tiada perubahan kerana selama ini telahpun selaras.

Rujukan: Kadar Caj Perkhidmatan Penumpang

Kami amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti kami di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Cerita lain untuk dibaca

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!