Tahun Melawat Malaysia 2020 juga telah dibatalkan oleh Kementerian Pelancongan kerana situasi ketika ini tidak sesuai untuk melancong.
Baca: Pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020
Hapuskan Covid-19
Perkara Yang Patut Dilakukan
Mari kita sama-sama membantu agar negara kita bebas daripada Covid-19, sikap kita sendiri amat memainkan peranan di dalam hal ini. Oleh itu, laksanakan perkara-perkara berikut supaya kes jangkitan berjaya dihapuskan:
- Kurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengelak bertemu orang ramai kerana dikhuatiri akan terkena jangkitan virus, kita tidak tahu siapa yang membawa virus ini.
- Sentiasa amalkan kebersihan diri.
- Tingkatkan daya ketahanan tubuh masing-masing dengan makanan berkhasiat supaya badan mendapat nutrisi penting dan mampu melawan penyakit.
- Jangan sebarkan informasi palsu, pastikan segala informasi atau berita yang anda terima datangnya daripada sumber pertama iaitu pihak Kerajaan Malaysia.
- Batalkan niat untuk melancong, tidak boleh ke mana-mana pada masa ini walaupun domestik.
- Buat masa ini abaikan sahaja promosi pelancongan sama ada penerbangan ataupun penginapan. Jangan beli tiket untuk tahun 2021 kerana kita belum pasti lagi sejauh mana penderitaan wabak ini bakal berakhir. Adakah tahun hadapan benar-benar selamat? Ia belum tentu dan jangan bazirkan wang membeli tiket.
- Batalkan juga acara perhimpunan sosial seperti kenduri perkahwinan, majlis perjumpaan, konsert dan seumpamanya.
- Berdoa kepada-Nya semoga kita dilindungi daripada wabak penyakit.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
Terjemahan: Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.
Sunan Abi Dawud [1329]. Tahqiq al-Albaniy: Hadith Sahih.
Perintah Kawalan Pergerakan
Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan untuk mengawal jangkitan virus daripada terus merebak dan menjadi lebih parah. Oleh itu, rakyat hendaklah sama-sama membantu dengan mematuhi perintah ini dan bersabar demi keselamatan diri dan keluarga.
Baca: Perincian Perintah Kawalan Pergerakan
Akronim yang digunakan untuk Perintah Kawalan Pergerakan
Bahasa Melayu
- PKP: Perintah Kawalan Pergerakan
- PKPB: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
- PKPD: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat
- PKPP: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
English
- MCO: Movement Control Order
- CMCO: Conditional Movement Control Order
- EMCO: Enhanced Movement Control Order
- RMCO: Recovery Movement Control Order
Kenali Covid-19
Cara Virus Merebak
Cara Covid-19 merebak amat mudah melalui 3 cara di bawah.
Simptom
Selepas tempoh inkubasi, berikut adalah simptom-simptom Covid-19.
Komplikasi
Komplikasi serangan virus boleh menyebabkan:
- Pneumonia pada kedua belah paru-paru.
- Kegagalan fungsi organ pada organ-organ tertentu.
- Boleh menyebabkan kematian.
Golongan Berisiko Tinggi
Kenali siapakah berisiko tinggi mendapat wabak penyakit, bantu mereka supaya sentiasa jauhi tempat-tempat tumpuan ramai.
- Warga emas
- Kanak-kanak
- Wanita mengandung
- Pesakit kronik seperti diabetes, hipertensi, jantung dan asma
- Pesakit imuniti rendah seperti kanser dan HIV
Langkah-langkah Pencegahan
Amalkan langkah-langkah pencegahan berikut supaya anda dan keluarga terhindar daripada wabak ini.
Perkembangan Semasa
Statistik Wabak Dalam Negara
Covid-19 Malaysia
Jumlah Kes
144,518Kes Aktif
32,377Kes Sembuh
111,578Jumlah Kematian
563Dikemaskini 14 Jan 2021, 4:32 PM
Kronologi Kes
Ketahui Berita Terkini
Anda hanya perlu ikuti dua sumber di bawah ini kerana pihak Kerajaan Malaysia telah sediakan saluran Telegram untuk kemudahan rakyat menerima berita rasmi dengan pantas.
Membuat Laporan
Jika terdapat kes berkaitan Covid-19, laporan boleh dibuat kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC).
Hulurkan Bantuan
Rakyat boleh menghulurkan bantuan menerusi Tabung Covid-19. Tabung ini diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara untuk membantu pesakit Covid-19 yang tiada pendapatan tetap ketika rawatan di hospital.
Baca: Tabung Covid-19 kini cecah RM125,000
Maklumat Tambahan
- Statistik yang digunakan di dalam artikel ini bersumberkan kepada statistik yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bermakna semua maklumat ini adalah benar.
- Boleh rujuk Coronavirus (Covid-19) Map oleh Google.