Apakah Penyakit Akut Gunung dan Cara Mengatasinya

Share
Penyakit Akut Gunung atau Penyakit Ketinggian (Altitude Sickness) biasa dihadapi apabila mendaki pada paras ketinggian 2,500 meter ke atas. Sebelum sesuatu yang buruk berlaku lebih baik kita memahami keadaan fizikal tubuh badan supaya perkara ini dapat diatasi.

Apabila anda mendaki jangan ambil mudah soal kesihatan kerana jika salah seorang ahli kumpulan mengalami kesakitan akan menjejaskan perjalanan ahli yang lain, jangan fikir seronok sendiri jika mendaki, sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi.

Puncak Gunung
Foto oleh Filip Filkovic Philatz di Unsplash

Simptom-simptom Penyakit

Simptom-simptom penyakit ini seperti sakit kepala, mual, muntah, sesak nafas, kesulitan tidur, pening dan kelelahan. Gejala yang ada biasanya bertahan selama 6-48 jam setelah pendakian. Kadangkala ada juga kes altitude sickness yang menyebabkan pengumpulan cairan pada otak dan paru-paru (pulmonary edema dan cerebral edema) menyebabkan pelbagai penyakit serius lain seperti:

  1. Terdengar bunyi yang kuat ketika bernafas.
  2. Susah untuk bernafas kerana anda berada pada ketinggian yang menyebabkan tekanan yang kuat.
  3. Batuk dengan mengeluarkan cairan darah dan berbuih.
  4. Tidak dapat mengimbangi badan dengan baik ketika berjalan kerana otak juga menerima tekanan tinggi.

Simptom-simptom diatas menunjukkan status yang kritikal yang perlu segera ditangani. Cara terbaik ialah seseorang yang didapati mengalami simptom-simptom berkenaan perlu segera turun ke kawasan rendah kerana otak dan paru-paru tidak dapat menerima udara pada tekanan tinggi. Sebab itulah selalu kita dengar ada sebahagian pendaki tidak layak menawan puncak-puncak gunung yang tinggi kerana masalah kesihatan seperti ini.

Pergunungan Tropika
Foto oleh Ricky Paulus di Unsplash

Penyebab Utama

Ketika berada pada ketinggian yang tinggi, kadar oksigen pada udara berkurangan. Sedangkan, badan anda sentiasa berusaha untuk menyesuaikan degupan jantung dan pernafasan lebih cepat untuk menjaga penyebaran oksigen yang diperlukan oleh badan. Apabila melakukan pendakian secara terlalu cepat dalam waktu yang singkat, badan tidak dapat beradaptasi dengan baik, maka dari situ menyebabkan altitude sickness.

Faktor-faktor Risiko

Terdapat beberapa faktor berisiko seperti di bawah ini dapat mempengaruhi kemungkinan seseorang itu terkena altitude sickness iaitu:

  1. Gaya hidup mempengaruhi seperti contoh tidak pernah langsung mendaki gunung dan tinggal di kawasan rendah sahaja seperti di pantai dan bandar. Lain situasinya dengan orang yang rumahnya di kaki bukit dan selalu mendaki, daya tahan badan berbeza kerana faktor tempat tinggal.
  2. Keadaan kesihatan yang kurang baik juga berisiko tinggi.
  3. Pernah mengalami penyakit paru-paru.

Cara Mengatasi

Amalkan 7 tip penting dibawah cara mengatasi masalah ini.

  1. Semasa melakukan pendakian jangan terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba cari kelajuan yang sederhana dan teruskan perjalanan sambil menikmati pemandangan dan mengambil gambar.
  2. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 3 liter sehari kerana peranan air sangat penting untuk badan. Semasa mendaki pastikan air minuman dibawa bersama.
  3. Pastikan lapisan pakaian mencukupi dan kenalpasti cuaca semasa mendaki dan bersedia jika sejuk dan sebagainya.
  4. Apabila sampai sahaja di lodge amalkan untuk berjalan-jalan dahulu jangan terus tidur. Ambil kamera dan bersantai diluar sambil regangkan badan, berborak dengan ahli lain tujuannya supaya badan dapat santai dan menyesuaikan dengan persekitaran baru.
  5. Makan secukupnya dan jangan berlebihan kerana masih ada lagi pendakian keesokannya. Selepas makan jangan terus tidur kena rehat dahulu supaya makanan hadam dengan baik.
  6. Tidur dengan nyenyak dan mencukupi kerana amat penting untuk pulihkan tenaga badan anda untuk kegunaan esok hari. Pastikan tempat tidur yang selesa dan memakai pakaian yang selesa supaya dapat tidur dengan nyenyak tanpa gangguan.
  7. Apabila anda merasa mengalami gangguan saraf dan pernafasan ketika mendaki segera bergerak ke kawasan lebih rendah supaya dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Sila memahami segala simptom, faktor dan cara mengatasinya kerana sesiapa sahaja boleh mengalami masalah ini khas untuk pendaki yang mendaki ke kawasan gunung yang tinggi.

Kami amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti kami di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Cerita lain untuk dibaca

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!