Ketika mengunjungi Bandaraya Kuching, kami telah mencuba steamboat yang dikatakan murah dan sedap iaitu Annuar BBQ Steamboat. Harga yang ditawarkan cuma RM22 bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak.
Jika anda berada di sekitar Kuching, jangan lupa singgah menikmati buffet steamboat ini. Lokasi restoran terletak di Persiaran Ban Hock, anda boleh lihat peta pada laman ini di atas dan waktu operasi bermula dari pukul 7 hingga 11 malam.