Sertai Komuniti Travelholic untuk interaksi bersama kami

Aktiviti-aktiviti Yang Dilakukan Ketika di Langkawi
Kedah Percutian

Aktiviti-aktiviti Yang Dilakukan Ketika di Langkawi

Informasi

Langkawi merupakan pulau yang berada dalam negeri Kedah Darul Aman. Untuk datang ke sini boleh menaiki kapal terbang ataupun feri di Pekan Kuah, terpulang kepada cara perjalanan anda. Keluasan Langkawi ialah 478 km persegi dengan populasi penduduk seramai 95 ribu orang.

Baca Info

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan ketika di Langkawi ialah melawat ke tempat-tempat menarik iaitu tempat yang dikira hot spot apabila berada di sana, lagi aktiviti ialah island hopping dan juga mandi air terjun.

Percutian Langkawi
Pulau Langkawi terletak di Laut Andaman, bahagian utara Semenanjung Malaysia

Walaupun Langkawi kecil tetapi tidak sempat juga pergi ke beberapa lokasi penting, untuk lokasi yang tidak sempat pergi mungkin akan sambung lagi pada masa akan datang. Tidak pastilah bila lagi mahu jejakkan kaki di sana.

Hari Pertama

1. Penerbangan

Penerbangan kami ke Langkawi menaiki pesawat AirAsia yang berlepas pada jam 4:35 petang. Penerbangan memakan masa 55 minit.

Harga tiket AirAsia RM135 seorang untuk dua hala pergi dan juga balik.

2. Penginapan

Tempat penginapan ketika berada di Langkawi ialah T Star Cottage untuk 4 hari 3 malam.

Baca: T Star Cottage Adalah Penginapan Bajet Yang Berbaloi

Percutian Langkawi
T Star Cottage di Jalan Pantai Tengah, Kedawang
Kos penginapan ialah RM165 sebilik tambah RM100 deposit yang dikembalikan semasa check-out. Bilik jenis Moden dan berkongsi dua orang, maknanya kos individu menjadi RM82.50.

3. Kereta Sewa

Kereta sewa di Langkawi adalah lebih murah berbanding tempat-tempat lain yang pernah kami kunjungi. Boleh hubungi Tengku Zamri 019-911 9428 untuk tempahan, hubungi beliau seminggu sebelum perjalanan bagi memastikan masih ada kereta yang hendak disewa.

Kos sewa Nissan Almera selama 4 hari cuma RM220 sahaja serta deposit RM50. Ketika itu kami bercuti 4 orang, maknanya antara kami berkongsi RM55 setiap orang.

4. Dataran Helang

Percutian Langkawi
Kami hanya sempat datang ke sini pada waktu malam

Hari Kedua

5. Island Hopping

Percutian Langkawi
Aktiviti Island Hopping bermula dari Jeti Teluk Baru untuk ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah

Pulau Dayang Bunting

Destinasi pertama Island Hopping ialah Pulau Dayang Bunting. Perjalanan menaiki bot dari Jeti Teluk Baru memakan masa lebih kurang 25 minit.

Percutian Langkawi
Dayang Bunting Marble Geoforest Park

Paling menarik di pulau ini ialah terdapat tasik air tawar di tengah-tengah pulau.

Percutian Langkawi
Panorama Tasik Dayang Bunting

Pulau Beras Basah

Perjalanan seterusnya ke Pulau Beras Basah dan kami luangkan masa selama satu jam di sini.

Percutian Langkawi
Pulau Beras Basah
Kos Island Hopping ialah RM30 seorang yang ditempah melalui Amzar.

6. Oriental Village

Percutian Langkawi
Oriental Village

Tarikan utama di Oriental Village ialah:

  • SkyCab
  • SkyDome
  • SkyAdventure Park
  • SkyBoutique
  • 3D Art Museum
  • F1 Simulator
  • 6D Cinemotion
  • GeoPark Hotel
  • Chocohouz
  • Galeri Produk Langkawi

7. Gunung Mat Cincang

Gunung Mat Cincang yang mempunyai ketinggian 713 meter merupakan salah satu daripada tarikan utama di Langkawi. Apabila berada di puncak anda dapat menyaksikan pemandangan pulau-pulau yang berada di sekitar Langkawi dan di sini telah dibina Kereta Kabel Langkawi atau lebih dikenali sebagai SkyCab.

Percutian Langkawi
SkyCab
Percutian Langkawi
Perjalanan menuju ke puncak, beginilah suasana pemandangan yang dapat anda saksikan dari dalam SkyCab
Percutian Langkawi
Skycab menuju ke puncak Gunung Mat Cincang
Percutian Langkawi
Kelihatan Teluk Burau dari puncak Gunung Mat Cincang
Kos menaiki SkyCab (gondola biasa) tambah SkyDome ialah RM20 seorang.

8. Telaga Tujuh

Air Terjun Telaga Tujuh lokasinya tidak jauh dengan Oriental Village, jadi selepas keluar dari Oriental Village elok sangatlah terus ke sini. Tidaklah anda buang masa untuk datang ke sini melalui jalan yang sama berulang kali.

Hari Ketiga

9. Tanjung Rhu

Percutian Langkawi
Ketibaan kami di Jeti Tanjung Rhu
Percutian Langkawi
Menaiki bot di sini untuk Mangrove Tour

10. Mangrove Tour

Percutian Langkawi
Aktiviti pertama untuk hari ketiga ialah Mangrove Tour

Mangrove Tour terdiri daripada aktiviti-aktiviti berikut yang memakan masa 5 jam:

  • Melalui hutan paya bakau
  • Gua Buaya
  • Gua Kelawar
  • Floating Fish Farm
  • Melihat pemandangan Kilim Geoforest Park
Kos Mangrove Tour ialah RM50 seorang yang ditempah melalui Asthar Travel.
Jangan bawa makanan ketika berada di Gua Kelawar kerana terdapat banyak monyet.

11. Kilang Gamat

Percutian Langkawi
Tidak lengkap sekiranya ke Langkawi tidak membeli minyak gamat, kami singgah sebentar di kilang gamat Nusantara Maju

12. Bird Paradise

Percutian Langkawi
Bird Paradise dan Wildlife Park berada di lokasi yang sama
Percutian Langkawi
Melihat spesis burung dan hidupan liar yang ada di sini
Kos masuk Bird Paradise ialah RM18 (Dewasa) dan RM12 (Kanak-kanak).

13. Durian Perangin

Percutian Langkawi
Air terjun Durian Perangin

14. Medan Selera Nelayan

Percutian Langkawi
Pada malam terakhir kami menjamu selera di Medan Selera Nelayan

Hari Keempat

15. Underwater World

Percutian Langkawi
Pasti anda semua tahu lokasi ini iaitu Underwater World Langkawi yang terletak di Pantai Cenang, tempat ini sangat famous
Percutian Langkawi
Tangki yang mempamerkan ikan air tawar
Percutian Langkawi
Keseluruhan bahagian dalam rupa seperti ini, anda melalui laluan berdinding kaca yang mempamerkan hidupan marin
Kos masuk Underwater World ialah RM30 (Dewasa), RM20 (Kanak-kanak) dan RM24 (Warga Senior).

16. Ayer Hangat Hot Village

Percutian Langkawi
Sempat juga kami singgah di Ayer Hangat Hot Village sementara menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada waktu petang
Percutian Langkawi
Anda boleh duduk di sini dan rendamkan kaki, airnya bukan terlampau panas hanya suam-suam

Terdapat beberapa lagi tempat yang tidak sempat kami lawati iaitu Galeria Perdana, Kota Mahsuri, Laman Padi, Kompleks Kraf Langkawi, Mardi Agro Farm dan Taman Buaya.

Bajet

Bajet individu yang dihabiskan untuk Percutian Langkawi ialah sebanyak RM726. Perincian bajet seperti berikut:

  • Tiket penerbangan AirAsia untuk dua hala dari Kuala Lumpur ke Langkawi RM135.
  • Kereta sewa Nissan Almera RM55 seorang.
  • Kos petrol untuk kegunaan 4 hari sebanyak RM22.50 seorang.
  • Kos penginapan di T Star Cottage setiap bilik berkongsi untuk dua orang dan kos masing-masing ialah RM82.50.
  • Bajet makan dan minum RM80.
  • Kos island hopping ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah RM30.
  • Kos mangrove tour di Kilim Geoforest Park RM50.
  • Tiket menaiki gondola biasa SkyCab tambah SkyDome RM20.
  • Tiket masuk Bird Paradise RM18.
  • Tiket masuk Underwater World RM30.
  • Tiket masuk Ayer Hangat Hot Village RM3.
  • Bajet beli-belah sebanyak RM150.
  • Bajet tambahan RM50 untuk tujuan lain.

Info Pelancongan

Pengangkutan

1. Kapal Terbang

Penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia merupakan kaedah penangkutan paling mudah dan pantas untuk ke Langkawi.

2. Feri

Alternatif lain selain penerbangan boleh juga menaiki feri. Perkhidmatan feri ke Langkawi terdapat di 3 tempat, iaitu: Pulau Pinang, Kuala Kedah dan Kuala Perlis.

3. GrabCar

Perkhidmatan GrabCar sudah terdapat di Langkawi yang memudahkan terutama sekali bagi solo traveller untuk bergerak tanpa perlu menyewa kenderaan.

Pasar Malam

  • Isnin: Sebelah Masjid Ulu Melaka
  • Selasa: Simpang tiga Jalan Kedawang
  • Rabu: Sungai Pekan Kuah
  • Khamis: Kampung Temoyong, Pantai Cenang
  • Jumaat: Roundabout Air Hangat ke Hotel Tanjung Rhu
  • Sabtu: Sungai Pekan Kuah
  • Ahad: Tempat letak kereta Padang Beras Terbakar, Padang Matsirat

Pantai

  • Pantai Cenang
  • Pantai Tengah
  • Pantai Kok
  • Teluk Yu
  • Pantai Tanjung Rhu
  • Pantai Pasir Hitam
  • Pantai Pasir Tengkorak
  • Teluk Datai
  • Teluk Burau

Air Terjun

  • Telaga Tujuh
  • Temurun
  • Durian Perangin

Langkawi Geopark

  • Dayang Bunting Marble Geoforest Park
  • Kilim Karst Geoforest Park
  • Machincang Cambrian Geoforest Park

Sampai disini sahaja catatan percutian untuk Pulau Langkawi. Semoga pada lain masa dapat lagi berkunjung ke sini. Diharap maklumat yang disampaikan ini boleh dijadikan panduan buat anda semua. Sekian.

Baca Juga

Ukuran Kepuasan

4.6 mata berdasarkan 9 nilai

  • Sangat Baik
    5
  • Baik
    4
  • Sederhana
    0
  • Bosan
    0
  • Teruk
    0
Adi Azudin

adiazudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Anda Telah Melihat

Promosi Hotel

Booking.com

Tambah Komen

TINGGALKAN KOMEN

Penafian: Terdapat beberapa pautan pada halaman ini adalah pautan affiliate. Ianya tanpa sebarang kos tambahan kepada anda, kami akan mendapat peratusan kecil jika anda membuat pembelian dan kami hanya mengesyorkan produk yang kami pilih!

Travelholic

Jiwa kembara mencari pengalaman

Galeri Instagram

Hubungi

Berikan kami tempoh 24 jam untuk membalas pertanyaan!

Sebarang pertanyaan berkaitan travel boleh hubungi kami pada bila-bila masa.