Adab-adab Yang Perlu Dijaga Ketika Melancong di Luar Negara
Umum Budaya Kesedaran Tip

Adab-adab Yang Perlu Dijaga Ketika Melancong di Luar Negara

Apabila melancong hormatilah orang lain termasuklah budaya dan cara-cara yang diamalkan di tempat tersebut. Ketika berada di tempat asing anda secara langsung menjadi wakil kepada negara.

Saya terpanggil untuk kongsikan sikit adab-adab yang selalu kita terlupa untuk praktik ketika di negara orang. Terdapat beberapa perkara yang kita biasa buat di Malaysia tetapi tidak boleh buat di negara lain.

1. Bawa makanan luar ke restoran untuk makan

Makanan Luar
Foto oleh Lum3n.com di Pexels

Tidak semua restoran membenarkan kita bawa makanan daripada luar untuk makan di situ. Jadi, kalau anda ada membawa bekal seperti nasi goreng atau sambal tumis, sila minta kebenaran terlebih dahulu. Selain itu, banyak restoran tidak izinkan anda order satu pinggan makanan sahaja tetapi kongsi berdua. Jadi tolong bertanya dahulu sama ada boleh atau tidak, jika tidak boleh anda bungkus sahaja dan makan di tempat lain.

Sponsored

Sponsored

2. Guesthouse

Guesthouse Waktu Malam
Foto oleh Stefan Stefancik di Pexels

Bagaimana pula adab di guesthouse? Walaupun anda bayar, ia langsung tidak bermakna anda berkuasa dan boleh buat sesuka hati. Patuhi undang-undang guesthouse. Jika dapur tutup pada jam 11 malam janganlah curi-curi guna, perlahankan juga suara anda selepas 10 malam. Selain itu, kalau anda tempah bilik untuk 2 orang, janganlah curi-curi sumbat sampai 3 hingga 4 orang. Ini perkara yang memalukan jikalau terkantoi.

3. Kemas meja selepas makan di restoran makanan segera

Makanan Segera
Foto oleh Kittisak Kunalittipon di Pexels

Adab di restoran makanan segera di kebanyakan negara, selepas makan pelanggan mesti kemas meja, paling tidakpun angkat pinggan, cawan dan tray pulangkan ke tempat sepatutnya. Ramai orang Malaysia yang tidak buat perkara seperti ini. Bukan pengotor cuma kebanyakan orang Malaysia tidak tahu. Baiklah sekarang anda sudahpun tahu.

4. Jika anda menginap di dormitory, perlahankan suara

Menginap di Asrama
Foto oleh Stephanie di Pexels

Kesian tetamu katil sebelah terganggu ketenteraman mereka disebabkan bising. Perkara yang paling biasa orang buat ialah, conquer power supply. Janganlah 24 jam anda seorang yang guna, beri peluang kepada orang lain juga untuk caj barang-barang elektronik mereka pula. Paling mudah, bawa sekali multiple plug berkongsi ramai-ramai, senang cerita.

Sponsored

Sponsored

5. Penggunaan tandas awam

Kebersihan Tandas Awam
Foto oleh Richard Revel di Pexels

Saya rasa rakyat Malaysia ramai yang tidak tahu bahawa di negara-negara maju seperti Eropah, Jepun dan lain-lain, membasahkan lantai adalah sangat biadap. Begitu juga dengan membasahkan toilet seat. Jika anda gunakan air untuk beristinjak, gunakan air pada kadar minima dan berhati-hati. Jika mengambil wuduk di singki, janganlah basuh kaki. Gunakanlah kaedah khuf, atau isi air dalam botol dan cuci kaki di luar.

6. Pengangkutan awam

Beratur Menunggu Tren
Orang ramai sedang beratur menunggu tren

Di Malaysia mungkin tidak beratur itu normal, tetapi jangan dibawa sikap ini ke negara lain. Beraturlah sebelum menaiki pengangkutan awam.

7. Jaga jarak antara kenderaan ketika memandu

Memandu Kereta
Foto oleh FreeStockPro di Pexels

Jika anda memandu, pastikan jarak yang selamat dengan kereta di hadapan. Di negara maju seperti Eropah, pemandu sentiasa memastikan jarak mereka selamat.

8. Memetik bunga

Bunga
Foto oleh Skitterphoto di Pexels

Perkara ini orang perempuan selalu buat. Jika anda melawat ladang bunga, tolong jangan petik atau pijak bunga-bunga yang cantik itu sesuka hati, kesian bunga.

9. Hormati budaya negara tersebut

Hormati Budaya
Foto oleh Subbu Noir di Pexels

Pelbagai situasi mungkin berlaku contohnya jika anda melawat negara bukan Islam, elakkan mengutuk atau ‘buat muka’ jika ada yang menawarkan anda daging babi, daging katak, ular atau arak. Anda boleh tolak pelawaan tersebut dengan cara yang sopan dan baik. Sila hormati makanan mereka.

10. Elakkan pergaduhan dengan orang tempatan

Elak Pergaduhan
Foto oleh Clem Onojeghuo di Pexels

Masalah besar jika anda membuat pergaduhan dengan orang tempatan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku apatah lagi merosakkan harta benda di negara tersebut. Sekiranya anda dimarahi atau dicabar oleh mereka sebaiknya walk away sahaja dan tak perlu panjangkan cerita. Bila kita di luar negara secara tidak langsung kita membawa imej negara.

“Jaga imej Malaysia apabila melancong di luar negara, jangan nanti orang hina rakyat kita tiada adab dan mundur.”

Carta Penilaian

0 mata berdasarkan 0 nilai

  • Sangat Baik
    0
  • Baik
    0
  • Sederhana
    0
  • Bosan
    0
  • Teruk
    0
Sakinah Omar

sakinah

Pelajar di Jeju National University, Korea Selatan dan pengasas kepada Jeju Muslim Tour.

Anda Telah Melihat

Promosi Hotel

Booking.com

Tambah Komen

TINGGALKAN KOMEN

Penafian: Terdapat beberapa pautan pada halaman ini adalah pautan affiliate. Ianya tanpa sebarang kos tambahan kepada anda, kami akan mendapat peratusan kecil jika anda membuat pembelian dan kami hanya mengesyorkan produk yang kami pilih!

Travelholic

Jiwa kembara mencari pengalaman

Galeri Instagram

Hubungi

Berikan kami tempoh 24 jam untuk membalas pertanyaan!

Sebarang pertanyaan berkaitan travel boleh hubungi kami pada bila-bila masa.

Ikuti Kami